Amal Si Amal

Salam Aidiladha, para pembaca setiaku!

Sudah lama tidakku mengemaskini blog ini. Ini kerana saya amat sibuk dengan kehidupan peribadi saya (maklumlah, baru dikurniakan zuriat), saya tidak berkesempatan untuk menonton drama yang kurang bermutu di Suria.

Pada masa yang sama, saya pasti ramai antara pembaca setia saya menunggu-nunggu Best Dressed Local Stars: Raya Edition, kan? Malang sekali, saya sekali lagi tidak mempunyai masa untuk melakukan itu tahun ini. Tetapi, tahukah anda bahawa buat kali pertama, selebriti Melayu diketengahkan during musim raya?

change
wow my impact

Semasa kaum Cina menyambut kewujudan orang Asia dalam filem Crazy Rich Asians, jangan kita lupa bahawa kaum minoriti di Singapura sering dipinggirkan.

Mungkin itulah pengorbanan yang terpaksa kita lakukan..? World. I just wanted to find a transition to today’s topic aka Hari Raya Haji.

Telemovie kanak-kanak bertajuk Amal Si Amal dimainkan di Suria pada jam 10 pagi tadi.

Kisah yang lucu, mencuit hati, comel melihat pelakon cilik berlakon, berpengajaran. Mengajar penonton tentang kepentingan untuk tidak menilai seseorang sebelum mengenali isi hati seseorang, kepentingan sukarelawanan, dosa berbohong dan sebagainya. Cuma, bagaimanakah telemovie ini khas untuk Hari Raya Haji? Unsur Aidiladhanya bagi saya kurang menyerlah. Kerana jika ini dimainkan semasa Aidilfitri juga ok kot.

Satu perkara lagi, drama ini mengetengahkan isu CHILD LABOUR. Watak dewasa mendenda kanak-kanak dengan menyuruh kanak-kanak membuat kerja sukarela di masjid walaupun kanak-kanak itu tidak rela. Tetapi mungkin itu boleh diterima dan beretika kerana ia merupakan satu denda kerana kanak-kanak itu telah membuat salah. Tetapi, apabila menambah 2 jam kepada kerja sukarela tu… macam child labour. I’m reaching.

Walaubagaimanapun, saya terhibur menonton Amal Si Amal kerana banyak yang boleh dibelajar melalui kisah ini.

Dan kini 10 malam. Masa untuk tonton telemovie Mekah Di Hati pula.

InsyaAllah, jika ada masa, saya akan buat ringkasan pendek Gunting, Janji Arissa dan Tekan Minyak.

Itu sahaja daripada saya!

– Pengkritik Sandiwara

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s