Gunting The Series: Episod 7

Salam sejahtera, para pembaca setiaku!

Malam semalam, episod ke-tujuh Gunting telah disiarkan. Dan nampaknya, episod paling drama sekali kerana ada kes ceroboh dan babak redemption! Apakah mesej-mesej pemerintah yang dikongsikan pada episod ini pula, ya?


Episod 7

IMG_5864

Mereka ingin bersikap profesional. Tidak ingin campurkan hidup peribadi dan kerja/pertandingan. Padahal Hisham setakat rakan baik Taufik yang sedang dating adik Zikri je kot. Bukan adik Taufik or what.

Eh eh orang tua dua ekor ni. Si Salihin baru sedar bahawa Rahimah kemungkinan besar cemburu! Nak pujuk la tu. Cute pulak kata nak ke pasar bersama sehingga akhir hayat. Huhu.

Adik Zikri ingin Zikri tepikan segala masalahnya dengan Taufik dan berjumpa bakal suami adiknya, Hisham. Seperti yang saya katakan, Hisham dan Taufik memang rapat but takde talian persaudaraan (kan?), so Zikri tiada alasan untuk tidak berjumpa Hisham.

Mereka takut akan ditewaskan oleh Taufik dan ingin merancang sesuatu. Nasib Zikri terdengar. Apa yang akan berlaku eh? Zikri selamatkan Taufik ke?

TBH, tukang gunting rambut yang amat passionate tetapi ingin menang peraduan melalui cara yang tidak beretika?????? Ok work. Duit betul-betul buat korang gila dan sanggup merosakkan nama baik syarikat demi wang? Tak worth it!!!

IMG_5872

Uh-oh. Kini Hisham tahu bahawa Taufik menyertai pertandingan tersebut.

IMG_5873

Walaupun kurang puas hati kerana Taufik merahsiakan perkara ini, dia ingin Taufik melakukan yang terbaik dan menjadi wakil S&S dan mengharumkan nama syarikat, gitew.

Eh, masih mengurat dengan makcik ni? Orang tua ni kemain lagi eh. Abeh sempat selitkan mesej HPB. Lasagna ala terung. Stop butchering Italian food. Ia adalah satu penghinaan kepada Italiani dan Italiane. REFLEK!

Beberapa “lelaki misteri” ke kedai S&S dan ingin membelasah tangan Taufik. Sebelum itu, mereka sempat mengatakan bahawa mereka ingin melihat bagaimana Taufik akan gunting rambut di showdown dengan tangan yang cacat.

Wow, tahniah. Anda baru sahaja memberi maklumat lanjut tentang diri anda, dan dengan maklumat itu, Taufik boleh meneka siapa anda. Jadi orang jahat jangan jadi orang bodoh.

Nasib Zikri ada! Selamatkan tangan Taufik sebelum menjadi seperti tangan Dr Strange.

hands2

IMG_5879

Daniella dan Sunny ditangkap basah kerana bermotek di taman.

Eh? Pujuk lattew.

Comelnya!!!!! Budak zaman sekarang tak sweet sebegini kot.


Ok so Hisham dan Taufik sudah tak marah-marah lagi sebab Hisham selamatkan nyawa Taufik. Tapi mereka masih ingin bershowdown sebab ekspres tiket ke peringkat akhir kerana si dua bodoh tu dah masuk lokap. Adi dan Taufik amacam eh? Tak dengar cerita pun. Daniella dan Sunny ada benda ke? Adakah kita mahu satu lagi love story dalam drama ini? Antara rakan kerja pulak tu. Rahimah dan Salihin amat comel walaupun meluat. Si Najib pula… Dah start sekolah?

So many missing elements in one episode!

– Pengkritik Sandiwara

(Photos from Mediacorp Suria’s Toggle)

Advertisement

One comment

  1. 1 episode is 30 minutes je bro. lesser than that if you want to include all the adds. tak kan dorang nak fit everything into it. hahais.

    Like

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s