Fiza O & KC sekeluarga, Siti Hajar hidap Covid-19

Salam sejahtera, para pembaca setiaku!

Jika uolls ikot power couple Fiza O dan KC di socmed, pasti korang dah tahu bahawa mereka sekeluarga didapati positif Covid-19 minggu lepas. Itulah yang dikongsi Fiza O di IGnya beberapa hari lalu.

Menurut catatan Fiza O, dirinya rasa sakit tapi mujur dia telah divaksinasi. Oleh kerana alahannya terhadap painkiller, tidurnya tidak begitu lena. Tambahan pula, Fiza O juga harus menjaga anak-anaknya.

KC pula mengongsi gambar untuk menunjukkan bahawa dia akhirnya negatif Covid-19.

Walaupun semuanya tidak mempunyai rasa, KC tetap mempunyai selera untuk makan agar dapat zat secukupnya.

KC tetap akan mengendalikan Malam Seram secara langsung.

Pelakon setempat, Siti Hajar, juga mengongsi kisah Covid+nya.

Oleh kerana tergerak hati untuk melakukan ujian ART, dia mendapati bahawa dia menghidap Covid-19.

Dalam kisahnya ini, Siti Hajar menimbulkan perkara penting iaitu mengenai anxiety yang dialaminya dan mungkin mereka-mereka yang telah melalui perkara yang serupa.

Mujur, pada hari ke-9, ujian ARTnya negatif. Dia pun menyarankan kepentingan untuk mendapat vaksinasi sepenuhnya.

Selain itu, Rahila Rashun kini sedang menjalani quarantine di Sentosa.

Kami berharap mereka semua akan tabah dan bangkit semula setelah episod ini!

– Pengkritik Sandiwara

(gambar header: Instagram Fiza O, Siti Hajar)

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s