Salam sejahtera, para pembaca setiaku!
Pempengaruh antarabangsa setempat, Ilyhoney, baru-baru ini memohon maaf atas komen kurang sensitifnya terhadap kes pembunuhan yang berlaku di Sekolah Tinggi River Valley semalam.
Di IG Storynya yang kini sudah dipadam, Ilyhoney seolah-olah membuat kes malang tersebut mengenai dirinya.
Ilyhoney sempat menceritakan tentang perjuangannya di sekolah yang sememangnya tiada kena mengena dengan isu pembunuhan tersebut.
Awal tengah hari tadi, pelakon dan peragawati cantik molek itu telah pun keluarkan kenyataan maaf.
Ilyhoney menyatakan bahawa responsnya tidak wajar dan memikul tanggungjawab penuh terhadap kesalahan tersebut.
Dia turut ucap takziah terhadap ahli keluarga yang terlibat dalam kes malang ini.
Bukan itu saja, dia turut mengucapkan Selamat Hari Raya Haji dan selamat bercuti kepada pengikutnya.
Namun, peristiwa Ilyhoney bukanlah satu-satunya peristiwa di mana content creator Melayu mempergunakan kes pembunuhan RV ini. Di Tiktok juga kecoh!
Mujur, pengguna Tiktok Khair juga sempat memadam videonya dan menerbitkan video maaf ala-ala pempengaruh apology video yang sering kita lihat.
Min tidak sempat tonton video asli daripada @khkhair tapi ini yang Min dapat:
Ingatlah wahai anak muda, bukan semuanya boleh dijadikan kandungan hiburan di ruang alam maya. Fikir-fikir sebelum mengeklik butang ‘post’ itu! Samelah kite, tiber!
Kami di Pengkritik Sandiwara turut rasa dukacita akan kes malang Sekolah Tinggi River Valley.
Selamat Hari Raya Korban!
– Pengkritik Sandiwara
(gambar header: Instagram ilyhoney, Tiktok Khkhair)
Baca lagi:
[…] dekni kalau takde benda memang suka buat benda. Dari pendapatnya mengenai insiden ngeri di Sekolah Tinggi River Valley, amalan ruqyahnya, panduan berbisnes hinggalah sebutan […]
LikeLike