Mak Cik TikTok viral: bukan niat untuk jadi popular

Salam sejahtera, para pembaca setiaku!

Video TikToknya sering terpapar di ruang FYP atau For You Page di aplikasi TikTok. Bukan itu saja, kandungan yang dikongsinya juga amatlah lucu, menghiburkan dan kadangkala boleh dianggap berpendidikan!

Kalau uolls sering luangkan masa berjam-jam di wadah socmed TikTok, pasti nama Erma Othman tidak asing lagi kan?

Dengan seramai 36,000 pengikut dah melebihi 300,000 sukaan di TikToknya, boleh dikatakan popular lah, kan?

Tak sangka boleh viral

Berkongsi tentang popularitinya yang mendadak, tidak pernah terlintas di fikiran ibu tiga orang anak itu bahawa dia seorang yang ‘popular’. Malah, dia baru sedar bahawa videonya benar-benar viral setelah beberapa orang mengenalinya, menyapanya di TikTok LIVE.

Walaupun agak malu, perasaan itu agak positif baginya kerana Erma berkata beliau seolah-olah rasa ‘muda’.

TikTok buat Erma rasa muda, tapi dipanggil ‘Cik’

Pabila mendapat komen-komen daripada anak muda yang memanggilnya ‘Cik’, Erma macam tidak percaya!

“Serious ah, aku pakai tudung jek kau panggil aku makcik, ah?” Tapi Erma tidak hiraukan itu pun kerana dari situlah Erma dapat tahu bahawa orang ramai mengenalinya menerusi TikTok.

“Makcik ni boleh buat Renegade dengan baik, ok! 😉” kata Erma selamba.

Walaupun TikTok ni disifatkan sebagai medan permainan Gen Z, Erma tidak pernah terasa pelik kerana terkenal di wadah ini. “Mungkin ramai orang rasa hairan ibu tiga anak ni ada masa buat TikTok ni semua,” tambahnya lagi.

Dorongan kandungan Erma

Bak kata Spider-Man, “with great power, comes great responsibility.” TIBER.

Kami menanyakan sama ada Erma pernah rasa tertekan atau tidak untuk membuat content atau kandungan di TikTok setelah meraih populariti, Erma menjawab tidak.

Beliau menjelaskan bahawa bukan niatnya untuk menjadi seorang content creator di TikTok. Namun begitu, beliau mempunyai beberapa rakan dan ahli keluarga yang memintanya untuk membuat beberapa video atau parodi kerana mereka tahu mereka boleh bahankan Erma! 😂

Erma tidak menafikan bahawa sebenarnya dalam hati kecilnya itu, sebahagian daripadanya agak attention seeking dan ini membuat Erma tersenyum kerana beliau tahu videonya mampu menghiburkan dan mentertawakan orang ramai.

Seperti mana beliau juga suka menonton video orang lain yang lucu dan persendakan diri sendiri semata-mata untuk hiburan!

Ye lah, dah kata social media. Di situlah tempat orang menagih perhatian dan meluahkan perasaan, tak salah pun! Yang penting, jangan over.

TikTok sebagai wadah pendidikan

Menurut Erma, video-videonya mengenai online teaching semasa HBL mula meraih perhatian. Dan dari situlah TikToknya mula berkembang.

Memang benar, video-video TikTok Erma lucu dan trendy, terutama sekali yang Korean hearts tu. Tapi ada kalanya Erma mengongsi tentang kerjayanya sebagai seorang pendidik. Secara tidak sengaja, beliau pun mendedahkan atau meningkatkan kesedaran tentang kerjaya seorang pendidik awal kanak-kanak (early childhood educator).

“Bukan niat saya untuk pupuk kesedaran sebenarnya. Sebab saya rakam video-video ni semua untuk suka-suka dan memory sake saja,” jelas Erma.

Erma agak terkejut video-video itu mendapat sambutan baik sekali. Beliau terima banyak komen-komen positif dan mendapat DM dan soalan semasa sesi LIVEnya daripada pelajar-pelajar yang sedang menjalani practicum.

“Mereka minta tip bagaimana untuk menjadi preschool educator yang lebih baik. Tak pernah saya terfikir orang lain akan gunakan istilah ‘inspirasi’ kat diri saya! 😂”

Apa kata keluarga dan rakan?

Sebagai seorang individu yang dilabelkan sebagai loud and annoying one, keluarganya hanya ketawakan TikToknya seperti mereka sudah biasa dengan watak Erma ni.

Erma sempat berkata bahawa dia rasa anak buahnya mungkin rasa bangga apabila kawan-kawan mereka kata makcik mereka ‘cool’!

Mestilah cool. Makcik TikTok uolls.

Harapan Erma

Erma berharap video-videonya dapat menghiburkan orang dan mengukirkan senyuman. Tidak semuanya yang dilihat dalam talian harus dipandang secara serius, inilah masalah Gen Z pada zaman ini. Tak salah kita ketawa, kan?

Dan kepada para guru-guru prasekolah, beliau harap videonya dapat mengingatkan mereka sekali lagi mengapa mereka memilih kerjaya ini!

So… dah follow Erma belum?

Pengkritik Sandiwara

(gambar header: TikTok Erma Othman)

Advertisement

One comment

  1. It’s great that Erma Othman is an inspiration for STRANGERS and in her social media world. I’ve worked with her before and she is not the teacher parents wanted. She is super lazy,gossip abt others and using phone all the time in the classroom.Lack of integrity and a liar too. So no thanks.Oh yah u should see her twitter. She will rant abt her colleagues for petty things. Oh wells.

    Like

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s