Selebriti ni semua sudah divaksin, anda bila pula?

Salam sejahtera, para pembaca setiaku!

Pihak pemerintah baru-baru ini mengumumkan bahawa akan memberi kelonggaran kepada individu-individu yang telah disuntuk dengan vaksin mRNA. Jika itu tidak mendorong anda untuk mendapatkan janji temu untuk mendapat suntikan Moderna atau Pfizer… apa lagi yang harus pemerintah lakukan?

Janganlah jadi seperti beberapa retis yang berfikiran anti-vaksin dengan hanya menonton video-video kurang sahih di YouTube. Sekiranya anda waswas atau masih ragu-ragu, terus jumpa doktor dan bukan rujuk ke YouTube.

Bakat Metrowealth, Syed Shamroz Khan, belum lagi divaksinasi tapi akan membuat janji temu. Untuk membuat janji temu, anda boleh ke sini. Warga emas berumur 60 tahun ke atas tidak perlu sebarang janji temu. Anda boleh terus masuk ke mana-mana pusat vaksin saja (bukan klinik ya).

Pelakon KIN, Aaron Khaled juga sudah mendapatkan vaksinasi Moderna dan menggesa orang ramai untuk mendapatkan vaksin demi keselamatan diri sendiri dan keluarga.

Pelakon ikonik setempat, Mastura Ahmad juga sudah mendapatkan vaksin Moderna!

Penyanyi suara lantang, Nana Karia yang kini sudah divaksin sepenuhnya terfikir sama ada individu yang sudah divaksin diberi keizinan untuk meneroka dunia atau tidak?

InsyaAllah boleh ye, tanpa SHN!

Jelitawan dan ibu seorang anak ini, Aisiqa, juga sudah divaksinasi. Bukan itu saja, pelakon itu turut mengongsi bahawa vaksinasi amat selamat bagi ibu yang menyusu dan ia satu perkara yang memanfaatkan kerana antibodies boleh diturunkan kepada anak.

Bak kata Aisiqa, dia lebih rela mendapat kesan sampingan vaksin daripada dijangkiti Covid. Betul katanya!

Pelawak terkenal, Farah Lola, juga sudah mendapatkan vaksinasi. Dan sememangnya dia mengongsi pengalaman vaksinnya dengan secebis jenaka.

Sujimy giat menghantar anak-anaknya ke pusat vaksin. Yes, anak muda lebih 12 tahun pun boleh dapatkan vaksin, ya!

Penyanyi Tak Perlu Tahu, Izat, siap mengongsi video suntikan pertamanya!

Setelah mendapatkan suntikan, anda dinasihati untuk tidak melakukan kegiatan yang berat. DJ muda, Saffwan Shah, menganggapnya sebagai satu cabaran kerana tidak dapat melakukan sebarang senaman.

Tapi yang penting adalah kesihatan, kan? Apa salahnya berkorban?

@asonofapeach

Why not vaccinated yet ah? You all most at risk, still so stubborn. Slap you then you know. #covid19 #vaccination #fyp #lepakonekorner #tiktoksg

♬ Spooky comedy-like pop – SOUND BANK

Ikon media sosial, asonofapeach (Hafidz Rahman), juga menggesa orang ramai untuk mendapatkan suntikan dalam bentuk jenaka.

Susuk percaya, vaksin tak pulak. Tiber.

Kalau ini semua tidak meyakinkan anda, harap dengar lagu ini.

Ratu teater, Siti K, juga mendorong orang ramai untuk mendapatkan vaksin melalui lagu yang amat rancak ini!

Jangan lupa untuk mendapatkan suntikan vaksin anda, ok?

Pengkritik Sandiwara

(gambar header: Instagram Saffwan Shah, Aisiqa dan Izat)

Advertisement

One comment

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s