Nick Mikhail mohon maaf kepada NEA

Salam sejahtera, para pembaca setiaku!

Pelakon mapan setempat, Nick Mikhail, telah secara terbuka memohon kepada NEA di Instagramnya.

Ini kerana Nick Mikhail telah dinasihati bahawa individu-individu yang memasuki rumahnya bukanlah daripada NEA tapi daripada URA.

Jika anda belum tahu-menahu, lihat video IGTV ini.

Nick juga mengetag Dyn Norahim dalam ruang komen.

Pendek kata, terdapat aduan bahawa salah satu rumah di kawasan perumahannya mempunyai sebuah ‘pesta’. Oleh itu, pihak berkuasa memeriksa estet tersebut.

Pihak URA dan polis memasuki rumah Nick. Pada masa itu, Nick dan anaknya tidak ada di rumah. Isterinya pula baru mengambil suntikan vaksin dan tidak berada dalam keadaan sedar sepenuhnya.

Nick agak kurang puas hati dengan cara pemeriksaan ini dikendalikan dan ingin ketahui mengapa ini semua berlaku. Bolehkah mereka memasuki tanpa kebenaran (waran)?

Apa yang membingitkan lagi adalah rumah Nick tiada seseorang pun kecuali isterinya. Mereka menceroboh (allegedly) kawasan depan rumah Nick tanpa kebenaran.

Terdapat juga rakaman kamera litar tertutup yang dikongsi Nick.

Dalam IGSnya, Nick sedang mencari seseorang untuk mengawasi rumah depannya.

Kami berharap Nick akan mendapat jawapan yang dicarinya dan segalanya akan selesai dengan cepat! Taccod…

Pengkritik Sandiwara

(gambar header: Instagram Nick Mikhail)

Kemas kini

Nick Mikhail tutup kes ini setelah mengemukakan isu ini. Nick berharap URA boleh mematuhi prosedur dengan lebih baik.

Dalam video IGTV terbarunya, Nick berharap orang ramai tahu akan hak mereka dalam kes-kes sebegini.

Advertisement

One comment

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s