Salam sejahtera pembaca setiaku!
Setelah kejayaan mereka yang mendadak, menduduki tempat nombor satu di Spotify buat beberapa minggu, A Mom Us The Podcast kini kekurangan seorang ahli.
Itulah yang didedahkan kumpulan para ibu itu pagi tadi dalam siaran Instagram yang mengejutkan pengikut dan peminat mereka.
Kini kumpulan podcast itu hanya tinggal Deanise Deanna, Shikin Sueetchic, Nura J dan Diah Mastura. Ibu yang telah meninggalkan kumpulan ini adalah Umie Isa.
Menurut siaran Instagram mereka, “seperti persahabatan yang lain, ada saja naik turunnya.” Malah, kekurangan ahli bukan bermakna mereka memutus asa. Mereka bangkit dan memulakan semula apa yang telah mereka binakan. Sia-sia saja jika mereka hentikan perjuangan mereka!
Menariknya, ruang komen untuk siaran ini ditiadakan.
Dan sekiranya anda sudah mendengar podcast terkini mereka, perasaan hampa mula membelenggu anda. Apakan tidak, Min fikir mereka akan spill the tea tapi isu ‘break’ menjadi topik perbualan lain.
Episod ‘Moving Fourward’ (kelakar) merenungkan ‘break’ atau ‘rehat’ yang telah mereka nikmati baru-baru ini. Kepentingan rehat untuk kesihatan mental dan fizikal anda.
Ramai warganet menghantar DM kepada Min dengan tujuan ingin tahu apakah sebab perpisahan ini, sama ada mereka berlima masih sahabat di luar alam podcast.
Episod ini juga diakhiri dengan seseorang yang mengongsi kata-kata mutiara:
Jika anda letih, rehat. Bukan berhenti.
Oh wells, semua ni dah tertulis, kan? (if yall get the pun, then iykyk kekekeke)
Walau bagaimanapun, kami berharap wanita-wanita ini akan terus berjaya dalam dunia podcast dan terus memperkasa para wanita-wanita lain, terutama ibu-ibu di luar sana!
Semoga berjaya!
– Pengkritik Sandiwara
(gambar: A Mom Us The Podcast Instagram)
[…] A Mom Us berpisah […]
LikeLike
[…] Empat sekawan di sebalik A Mom Us The Podcast dipercayai berpisah sekali […]
LikeLike
[…] Denise Deanna […]
LikeLike
[…] itu pernah menduduki tangga teratas carta podcast Spotify April lalu. Pada bulan Ogos 2021, Umie Isa telah meninggalkan kumpulan ini, dan kini mereka hanya mempunyai empat […]
LikeLike
[…] ini pernah menduduki tangga teratas carta podcast Spotify April lalu. Pada bulan Ogos 2021, Umie Isa telah meninggalkan kumpulan […]
LikeLike