Salam sejahtera, para pembaca setiaku!
Apabila wanita berbicara.
Itulah punca dan sebab mengapa podcast A Mom Us The Podcast, yang baru 2 minggu berjinak-jinak di dalam dunia penyiaran, meraih tangga nombor satu di carta podcast di wadah Spotify Singapura.
Podcast itu menewaskan podcast-podcast popular seperti Non Judgmental Ustazah (NJU) dan OkLet’sGo (OLG) serta The Podcast dan Malam Seram yang merupakan saluran yang mempunyai fanbase ketara lagi fanatik.
Podcast yang dikendalikan lima wanita, antaranya pempengaruh dan personaliti Melayu setempat seperti Nura J dan Dhah Mastura (etrangle). 3 yang lain adalah usahawan Denise Dean, Shikin Rahmat dan Umie Isa.
Setakat ini, mereka cuma hanya ada 3 episod lebih kurang 25 minit panjangnya.
Secara jujur, Min belum dengar podcast dan mungkin tidak akan dengar sebab Min memang bukan pendengar podcast dan why the hell Min nak dengar 5 orang berbual. Kalau 3 orang berbual aku tak sanggup, ni lagi 5. Ekcili kalau seorang pun tak nak ler.
But whatever it is, Min gembira untuk mereka kerana berjaya mencapai ke tahap ini walaupun new to the game.
Lagipun, membaca deskripsi mereka di Spotify, terserlah podcast ini bertujuan untuk para ibu! Min belum diberi rezeki untuk hamil lagi.
Cuma… while the name of the podcast agak witty dan punny, it’s cringey! Tapi yang penting mereka suka!
Semoga mereka dapat mengekalkan kedudukan tinggi di carta podcast Spotify.
Kepada podcast yang lain, mana mereka? Dulu lepas saga [redacted] tumbuh bak cendawan lepas hujan!
InsyaAllah, dengan adanya podcast oleh wanita untuk wanita, para wanita akan diperkasa lagi dan suara serta pendapat mereka akan didengari!
In other news, Melayu je ke yang dengar podcast?
– Pengkritik Sandiwara
(gambar header: A Mom Us The Podcast Instagram)
[…] takhta A Mom Us The Podcast di tangga podcast Spotify hanya kekal selama 3 […]
LikeLike
[…] di tangga ke-4, manakala Malam Seram di tangga ke-3. Podcast yang pernah berada di tangga pertama, A Mom Us The Podcast kini di tangga […]
LikeLike
[…] kejayaan mereka yang mendadak, menduduki tempat nombor satu di Spotify buat beberapa minggu, A Mom Us The Podcast kini kekurangan seorang […]
LikeLike
[…] berada di tangga pertama Spotify buat beberapa saat, podcasters yang pada mulanya berlima terus […]
LikeLike
[…] tahun lepas, saluran podcast nombor satu itu telah mengumumkan bahawa Umie Isa sudah tidak lagi dalam kumpulan mereka dan akan teruskan […]
LikeLike
[…] Umie Isa […]
LikeLike
[…] Instagram podcast termahsyur, A Mom Us The Podcast, tidak wujud […]
LikeLike