Keluarga Besar En. Karim pindah ke wadah digital

Salam sejahtera, para pembaca setiaku!

Pementasan Keluarga Besar En. Karim oleh Checkpoint Theatre sepatutnya berlangsung minggu lepas, namun apakan daya. Singapura berbalik kepada Phase 2 Heightened Alert (Kewaspadaan Dipertingkat) beberapa minggu lalu.

Mujurnya kini, anda boleh menikmati persembahan yang menjadi sebahagian Pentas oleh Esplanade ini di rumah anda bersama orang yang tersayang.

Pada harga $15 saja (iaitu separuh daripada harga sebelumnya), anda boleh berjumpa dengan Keluarga Besar En. Karim! Mereka merupakan keluarga tipikal anda – lauk sotong hitam untuk makan malam dan sesi curhat antara kakak dan adik.

Tapi… apabila menantu baru datang, ia mengubah dinamik keluarga dan peristiwa lama diungkit.

Encik Karim tetap menjadi orang utama dalam keluarga yang sudah berkembang ini, tapi sejauh manakah setiap seorang sanggup berkorban untuk keluarga?

Ditulis oleh Adib Kosnan, kisah ini menyatukan keakraban keluarga dalam penuh tawa dan kekecohan. Dapatkah Keluarga En. Karim kekalkan kebahagiaan keluarganya tanpa mengganggu jurang persaudaraan?

Keluarga Besar En. Karim akan berlangsung pada 29 September hingga 15 Oktober. Setiap tiket akan mendapat 3 tontonan. Tiket-tiket boleh didapati di sini. Pementasan digital ini dibintangi Adib Kosnan, Rafaat Hamzah, Dalifah Shahril, Rusydina Afiqah, dan Farah Lola.

Pengkritik Sandiwara

(Gambar header: Checkpoint Theatre)

Advertisement

One comment

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s