Salam sejahtera, para pembaca setiaku!
Setelah penyingkiran yang tak masuk akal minggu lepas, minggu ini para penonton amat puas hati dengan keputusan para juri.
Apakan tidak, dua peserta, Anak-anak Haron dan Zulhilmie Zulkiflie akhirnya disingkirkan.
Seperti biasa, Anak-anak Haron menyanyikan lagu dengan suara biasa-biasa ala youtube cover, we are bored.
Membawa lagu Bila Entah sempena tema 100% Singapura or whateva, persembahan mereka bukan saja membosankan, tapi tiada pembaharuan.
Zilhime Zulkifi pula menyanyikan lagu Sambutlah Kasih.
Sesi pekik-memekik itu tidak berbaloi kerana dia terkecundang pada malam itu kerana berada di kedudukan terakhir.
Malam semalam, pentas Anugerah dipenuhi drama poyo kerana ketua pengadil, Najip Ali, memberi pengumuman kejutan bukan sekali tapi dua kali.
Pertama adalah penyingkiran peserta ketiga, iaitu Azra Zulaikha.
Bukan nasib kau, dik. Mediacorp terpaksa buat gimmick untuk kekal relevan konon ada drama. You ni kirakan collateral damage je.
Yang paling world bila si dua hos kat pentas konon terperanjat beruk ada 3 penyingkiran. Menyampah! Min tau lah korang tu pelakon veteran, tapi tak perlu berlakon kat rancangan peraduan menyanyi!
Kejutan kedua adalah apabila penonton diberi kuasa sebanyak 60% untuk membawa pulang seorang peserta yang disingkirkan pada pusingan separuh akhir pertama dan kedua ke pusingan akhir!
Adakah peserta yang disingkirkan minggu lepas, iaitu Fatin Adriana, Raliff Ismail atau Muhd Haziq akan potong queue untuk ke finals? Kalau para warganet yang menyalak pasal Raliff betul-betul nak Raliff masuk balik, pastikan korang undi tau!
Semalam, band O.M.A telah merangkul kedudukan pertama dengan persembahan Akhirnya Kini Pasti. Very the seronok Min tonton!
Tapi persoalannya… adakah dengan menonton hanya 4 persembahan di atas pentas oleh peserta Top 3 yang kini berjaya mara ke peringkat akhir cukup untuk penonton terima mereka sebagai finalis Anugerah 2021?
Cuba fikirkan, kita hanya menonton Saát, O.M.A dan Ace Iskandar 4 kali di atas pentas. Di pusingan pertama, suku akhir, separuh akhir pertama dan separuh akhir kedua.
Sepertinya empat persembahan tidak cukup untuk penonton memilih siapakah peserta kegemaran mereka. Empat persembahan ini tidak memberi kami peluang untuk melihat perkembangan mereka. Empat persembahan tidak memberi mereka ruang untuk mencuba persembahan yang berbeza.
Sungguh pathetic sekali. Dengan hanya empat persembahan, Suria expect us to stan a winner? A joke!
4 persembahan setaka! Ni bukan peraduan tahap negara, macam peraduan kat sekolah tau? Benci!
Min rasa peserta Anugerah belum dicabar. Dengan hanya 4 tema persembahan, tiada oomph langsung. Seolah-olah baru 2 minggu lepas Anugerah start pastu dabes!
Empat persembahan, cukup ke untuk layakkan diri ke pentas finale? Hampa…
Also, Ace layak ke di finale? LMAO apa sak
– Pengkritik Sandiwara
(Gambar header: Mediacorp Suria)
[…] Definisi BahagiaKomposer & Penulis Lirik: Ahmadul Amin (Anak-anak […]
LikeLike