Fizah Nizam & Ikah Jamil jadi mangsa Instagram minggu ini

Salam sejahtera, para pembaca setiaku!

Sepertinya dah lama Min tak kongsi tentang kes penipuan yang masih berleluasa di Instagram. Kenapa tak pergi-pergi ni semua penipu? Lumayan ke kerja macam ni?

Usahawan selebriti, Ikah Jamil, telah meggesa pengikut Instagramnya agar berhati-hati dengan akaun bernama @ikahjamil_official yang mempunyai tactic yang serupa seperti akaun-akaun penipuan yang lain.

Akaun sahih pengasas Chic-ata dan Kream SG itu dieja sebagai ikahjamil.official, di mana tanda noktah yang mengasingkan namanya dengan perkataan official, bukan garis bawah.

Ikah Jamil menyuruh orang ramai melaporkan akaun itu, mujur akaun itu tidak wujud lagi.

Apa yang mengejutkan adalah perbualan antara seseorang dengan penipu itu dalam gambar ketiga. So… penipu ni orang Melayu? Bukan bot atau scammer negara asing (kecuali Nusantara)? Interesting…

Identiti Fizah Nizam tidak ditiru, seperti selebriti lain di mana gambar dan nama mereka dipergunakan.

Malah, dia hampir atau sudah menjadi mangsa!

Itulah yang dikongsinya di Instagram awal pagi ini.

Fizah Nizam terima mesej IG daripada seseorang yang beliau percaya. Kononnya orang itu ingin memberinya baucer Grab.

Red Flag terbentang apabila orang itu meminta kod 6 angka… tapi oleh kerana percaya sangat, Fizah Nizam memberi kod tersebut.

Yang penting, akaun Grab Fizah Nizam tidak dikaitkan dengan GrabPay.

Beliau juga menjelaskan bahawa pemilik Instagram tersebut telah memberitahunya bahawa akain FBnya digodam!

So korang… pelajarannya adalah jangan percaya kalau orang nak kasi ni nak kasi tu. Call je dan mintak penjelasan!

Pengkritik Sandiwara

(gambar: Instagram Ikah Jamil & Fizah Nizam)

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s