The Amazing Celestial Race beri suntikan Singapura kepada kisah riwayat Zodiak

Salam sejahtera, para pembaca setiaku!

Minggu lepas, Min telah menonton pementasan The Amazing Celestial Race terbitan Wild Rice.

Dalam masyarakat majmuk Singapura, kita tahu akan zodiak haiwan yang sinonim dengan budaya Cina. Tiap orang pasti tahu apakah zodiak haiwan mereka walaupun kita tidak semestinya percaya mahupun setuju dengan ramalan yang tertera di pusat membeli-belah setiap kali Hari Raya Cina menjelma.

Meskipun begitu, berapa ramai daripada kita sebenarnya tahu tentang kisah di sebalik 12 haiwan-haiwan ini? Menerusi muzikal ini, penonton dapat belajar tentang sejarah kisah riwayat ini dengan cara yang lebih selamba dan menghiburkan!

Min masih ingat lagi menonton filem tempatan bertajuk Zodiac: The Race Begins, amat lucu sekali. Jika filem itu boleh dianggap mesra kanak-kanak, pementasan The Amazing Celestial Race lagi mesra kanak-kanak!

Dan seperti pementasan-pementasan Wild Rice yang lain, kisah muzikal ini diSingapurakan agar ia lebih dekat dengan hati penonton yang menyaksikan persembahan tersebut di panggung yang terletak di pusat membeli-belah Funan.

Bukan sekadar itu, skrip dan konsep juga lebih relevan dengan unsur-unsur yang lebih trending. Seumpamanya, Sang Kuda yang diberi latar belakang ala Mulan, yang ingin membukitkan kepada kuda-kuda jantan dalam keluarganya bahawa dia boleh membawa nama kepada keluarganya.

Sang Arnab pula seekor haiwan yang taksub dengan media sosial, sering mengadakan sesi live, mempunyai tanda pagar tersendiri dan segalanya yang boleh anda kaitkan dengan anak remaja zaman sekarang.

Lagu-lagu yang dinyanyikan dalam muzikal ini amatlah catchy dan ranggi, mengajak penonton bertepuk-tepuk tangan, bertepuk jangan segan, mengikut rentak riang!

Kesan teater (if it’s a thing idk) juga agak memukau! Hujan membasahi lantai pentas, Sang Arnab muncul dari bawah pentas dan kemunculan Sang Naga ala Tarian Naga juga amat mengasyikkan!

Apa yang membuat pementasan ini sungguh mengkagumkan adalah bagaimana watak-watak ini dihidupkan.

Tahukah anda hanya ada 5 pelakon di pentas yang menghidupkan 12 haiwan-haiwan Zodiak dan watak-watak sampingan. Patung haiwan yang dipakai di kepala Victoria Chen, Tia Guttensohn, Dwayne Lau, Andrew Lua dan Audrey Luo diperbuat daripada kertas, tau! Cantik kan?

Secara keseluruhan, Min enjoyzing sangat pementasan The Amazing Celestial Race. Cuma… setiap haiwan mempunyai backstory mereka tersendiri.

Sang Harimau dan Sang Naga – wira yang selamatkan kampung terbakar

Sang Arnab – pempengaruh di alam maya

Sang Kuda – feminist

Sang Babi dan Sang Anjing – rakan baik yang sering membantu

Sang Kambing – seekor kambing tua yang ingin membuktikan usia bukan halangan

Sang Ayam dan Sang Monyet – just for laughs tbh

Sang Tikus dan Sang Kucing – haiwan kecil yang ingin membuktikan size doesn’t matter

Sang Kerbau – ingin membanggakan keluarga

Then… kenapa Sang Ular kejam? Kenapa? Apa niatnya? Kenapa dia begitu? Apa sebabnya?

Pengkritik Sandiwara

(gambar header: Wild Rice)

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s