Pertandingan seni suara bertemakan worldwide, Anugerah 2021 sememangnya world

Salam sejahtera, para pembaca setiaku!

Pusingan separuh akhir pertama Anugerah 2021 semalam mencetuskan perdebatan kerana penyingkiran yang dianggap tidak adil oleh warganet.

Jika pada pusingan suku akhir 2 orang disingkirkan, malam semalam, seramai 3 orang peserta terpaksa pulang ke rumah.

Memang aneh sekali melihat cara pertandingan realiti tempatan mengendalikan programnya kerana melepaskan atau membiarkan bakat-bakat tanahair pergi dengan begitu saja tanpa memberi mereka lebih air time atau peluang untuk menunjuk taring mereka. 3 at one go? Lebih baik cancel saje show tu.

Tapi apa nak buat, memang show hambar. So… mereka harus mempercepatkan proses penyingkiran. Mungkin Anugerah seterusnya satu episod saje? Singkirkan 17 peserta pada satu pusingan? Habis cerita. Bajet pun tak perlu risau!

Mereka yang disingkirkan semalam adalah Muhd Haziq, Fatin Adriana serta Raliff Ismail. Memang sedih mereka semua terkecundang tetapi, apa yang menghangatkan episod semalam adalah penyingkiran Raliff.

Warganet terkejut dengan keputusan para juri untuk menyingkirkan fan favourite, Raliff, yang bersuara lantang dan cukup berbakat dan bukan peserta yang menduduki di tangga yang ke-6, iaitu Anak-anak Haron.

Nyanyian Raliff yang mendendangkan lagu Zapin Telok Blangah sambil berzapin memikat hati penonton di rumah.

Setiap minggu, Raliff membawa perbezaan dan push the envelope dengan persembahannya. Ini membuatnya menjadi antara yang digemari oleh para peminat.

Ruang komen dibanjiri warganet meminta penjelasan dan menyoal keputusan profesional para pengadil. Sampai ada yang memberi komen negatif terhadap juri Najip Ali, Ann Hussein dan Alyph. Eh, takmu lah!

Min pun kurang puas hati but who the fuck cares about Anugerah? Ade sampai cakap pemenang dah dipilih sejak awal lagi sebab semua ni poyo? Seperti pertandingan Anugerah sebelumnya. Hmm… kelakarlah kalau memang dah pilih pemenang. Sebab pemenang sebelum ini……… korang kenal ke?

OK???? LOL takde orang kenal kot.

Ayuh kita berbual tentang… Anak-anak Haron. Miss ma’ams, persembahan mereka…………… sama jek macam minggu-minggu yang lalu.

Tidak boleh dinafikan, persembahan Pematah Hati oleh pasangan adik-beradik ini agak menghiburkan. Tapi… we’ve seen it.

Minggu pertama kami lihat – wow, unik, seronok! Minggu kedua – ok, bestnye! Minggu ketiga – hmm?

Di manakah versatiliti mereka? Bukankah ini pertandingan seni suara bak kata Najip Ali? Jadi dimanakah seni suaranya? Untuk tidak dikecam warganet, mereka harus mencabar diri mereka dan membawa lagu yang memerlukan vokal mereka untuk diuji.

Ini kerana suara mereka (terutama si adik) is very the YouTube cover material. We need more kalau uolls rasa uolls berhak kekal dalam Anugerah!

Kalau minggu depan kasi kita arrangement lagu unik dan ranggi tapi cara menyanyi tetap sama, more hate will come.

Persembahan Zulhimi Zulkifli juga tidak disukai ramai warganet.

Dengan lagu Kasih Laila, ramai penonton berpendapat Zulhimi lebih layak disingkirkan kerana pada pendapat mereka, suaranya tidak begitu power.

Lagipun, celah mana yang world music eh?

Secara terus terang, Raliff disingkirkan sebab Anugerah harus menyingkirkan 3 peserta malam semalam. Sekiranya mereka hanya perlu singkirkan seorang, Raliff akan tetap berada di dalam pertandingan ini dan memperkasakan lagi bakatnya.

Realitinya, rancangan setempat bukanlah seperti peraduan seperti di Malaysia di mana pengadil atau penaja mempunyai kuasa untuk memberi imuniti, sekaligus melonjakkan ratings. Kesian kan industri seni Melayu Singapura?

Warganet meminta pusingan wildcard, korang rasa ade ke?

Also… apa kejadah tema semalam? Worldwide?????? Ape sak? Doesn’t even make sense! Kesian si Fatin nyanyi lagu Adibah Noor Terlalu Istimewa pastu ditegur sebab tak ikot tema.

In the first place… WORLDWIDE? Apakah erti tema worldwide? Peserta lain nyanyi lagu dengan unsur-unsur etnik Melayu tu worldwide eh? Ekcili semua lagu pun worldwide pe? Dafug?

Tahniah Min nak ucapkan kepada SaƔt kerana sekali lagi merangkul kedudukan pertama!

Persembahan mereka cukup bertenaga, amat menghiburkan, sangat worldwide, mengajak penonton berdansa bersama dan very engaging!

Sesungguhnya, mereka layak berada di tempat pertama minggu ini! Bak kata Alyph, mereka seumpama guest performer malam tu. Min rasa seperti menonton Anugerah Juara Lagu 35 yang baru berlangsung Ahad lepas!

Pengkritik Sandiwara

(gambar: Instagram & Facebook Mediacorp Suria)

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s