Salam sejahtera, para pembaca setiaku!
Akhirnya, giliran Kumpulan C untuk bertarung di pentas sempit Anugerah 2021 malam ini. Kak Meeda dan Xiaxue Indonesia telah disingkirkan pada minggu-minggu yang lalu, dan minggu ini nasib tidak menyebelahi Back2Basic.
Back2Basic berdepan dengan 6 lagi peserta iaitu O.M.A, Teeqa RZ, Qhum Johani, Muhd Haziq dan Ace Iskandar.
Kali ini, pengadil tetap Ann Hussein dan Najip Ali disertai Iskandar Ismail pula.
Back2Basic membuka konsert malam tadi dengan lagu Kalau Aku Kaya. Ternyata, perasaan gementar boleh dirasai melalui nyanyian band ini. Mungkin kerana rapnya yang agak pantas.
Najip Ali juga menyarankan agar kumpulan ini memikirkan cara untuk menarik perhatian mereka dan penonton dalam persembahan mereka yang akan datang. Malangnya, peluang itu mungkin tidak akan menjadi.
Ace Iskandar menyanyikan lagu Di Matamu, persembahan terbaik Anugerah Juara Lagu dua tahun lepas. Nyanyiannya hebat, tapi tu lah… gerak-geri dia yang tu jek.
Pelik Min tengok dia tersenyum bila nyanyi lagu sedih asal Sufian Suhaimi ini.
Teeqa RZ membawa lagu rancak, Teman. Min yang tengok, Min yang tercungap-cungap tau?
Kenapa dia pilih lagu rancak eh? Kalau dia pilih lagu yang slow mungkin ada chance untuk duduk di kerusi yang lebih atas kot?
Mendendangkan lagu Hael Husaini, Hajat, ialah Muhd Haziq. Min berpendapat bahawa apa yang dia pakai tidak cocok dengan lagu yang dinyanyikan. Very the tak kena lah uolls.
And yes, bak kata Najip Ali, unsur miang dalam lagu ini tidak menyerlah 😦
Persembahan O.M.A. dengan lagu Potret amat bersemangat sekali.
Memang patut berada di tangga nombor 1!
Qhum Johari membawa lagu Tokti Anta Permana dengan caranya tersendiri. Suara jazzynya amat menarik! Min suka persembahannya.
Pada mulanya Qhum berada di tempat ke-6 tapi beralih ke-5. Phew.
Minggu hadapan, para peserta akan menyanyikan lagu-lagu yang diterbitkan pada tahun kelahiran mereka! Malang sekali, mereka akan tetap berentap dalam kumpulan A, B dan C. LOL.
– Pengkritik Sandiwara
(gambar header: Mediacorp Suria Facebook)
[…] pada pusingan suku akhir 2 orang disingkirkan, malam semalam, seramai 3 orang peserta terpaksa pulang ke […]
LikeLike