Salam sejahtera, para pembaca setiaku!
Minggu ini, penonton disambut oleh Farah Lola dalam minggu kedua Anugerah 2021. Cara pengacaraannya lebih baik berbanding minggu lepas, namun penggunaan Bahasa Baku tidak konsisten. But hey, itu bukan salah Farah, salah Suria!
Seperti minggu lepas, peserta Kumpulan B juga harus menyanyikan lagu pop kontemporari yang diterbitkan pada 2010 hingga 2021.
Minggu ini, pengadil tetap Najip Ali dan Ann Hussein disertai Rudy Djoharnaen.
Malam semalam, Afiq Atan membuka tirai dengan lagu Sumpah nyanyian asal Naim Daniel yang merangkul takhta Lagu Terbaik Anugerah Juara Lagu ke-34.
Nyanyian sememangnya hebat, tapi bak kata Najip Ali, penghayatannya tidak tersampai. Afiq mendapat tempat ketiga.
Seterusnya, persembahan adik-beradik memukau para juri!
Membawa lagu Kosong nyanyian Najwa Latiff dengan cara mereka tersendiri dan unik, Anak-anak Haron memang berhak berada di tempat satu minggu ini! Tapi tu lah… menang $300 setakat je uolls.
Bajet ke mana wei! Sekadar $150 seorang, duit grab ulang-alik pergi Caldecott je kot time pertandingan ni.
Nyanyian Kisah Hati oleh Fatin Adriana menempatkannya di tempat kedua.
Memang suaranya ‘bersih’. Min suka!
Apabila giliran Zulhilmi Zulhimi Zulkifli menyanyi lagu berjudul Bayang, Min rasa agak keliru.
Tak tau lah Min ni dengar lagu rock ke balada ke hais but satu usaha yang cukup mampat! Tempat ke-4 menjadi miliknya.
Maya Azizi medendangkan lagu Kisah Cinta Kita, dan nampaknya Min tak boleh merasakan cintanya.
Persembahan gadis berambut blonde ala Xiaxue ini amatlah one note. Takde feels. Ni pendapat Min lah kan.
Ternyata, dia tersingkir malam itu.
Persembahan terakhir oleh OSG bak konsert, kata hos Khairudin Samsudin.
Hmm… konsert tak bermaya lah, kan? Min tengok band yang bawak lagu Zalikha ni macam takde synergy dan energy. Macam kurangz jek! Mereka mendapat tempat ke-5.
Apa yang akan Kumpulan C sajikan minggu depan?
– Pengkritik Sandiwara
(gambar header: Mediacorp Suria Facebook)
[…] giliran Kumpulan C untuk bertarung di pentas sempit Anugerah 2021 malam ini. Kak Meeda dan Xiaxue Indonesia telah disingkirkan pada minggu-minggu yang lalu, dan minggu ini nasib tidak menyebelahi […]
LikeLike