Anugerah 2021: Khairudin dan Suhaillah bukan hos serasi?

Salam sejahtera, para pembaca setiaku!

Bak bekerja di pejabat swasta, 18 peserta Anugerah tahun ini bertanding dalam 3 kumpulan. Kumpulan A, B dan C.

Andy Darwisy, Awwcappella, Meeda Zainal, Raliff Ismail, Saàt dan Azra Zulaikha bertarung antara satu sama lain minggu ini, menyanyikan sebuah lagu setiap seorang, mengikut tema pusingan pertama, iaitu iaitu lagu pop kontemporari dari tahun 2010 hingga 2020.


Sebagai pembuka tirai, Band Saàt menyanyikan lagu asal Hael Husaini dan Dayang Nurfaizah bertajuk Haram yang diberi sentuhan menarik lagi rock-ish. Band mereka mendapat kedudukan tangga ke-4.

Bak kata pengadil, tak terlalu top atau bottom. Sebab peserta pertama, kan?

Seterusnya, peserta dari cabang Anugerah V, Meeda Zainal membawa lagu Aku Sanggup, nyanyian asal Sufi Rashid. Kak Meeda meraih tempat ke-4, menyebabkan Saàt beralih naik ke tempat ketiga.

Secara peribadi, persembahan Kak Meeda pada Min kurang menyengat!

Kemudian, giliran Andy Bernadee Darwisy pula untuk membawa persembahan. Dengan lagu Andainya Takdir oleh Anuar Zain, Darwisy mendapat tempat kedua.

Apabila giliran Azra Zulaikha untuk menyanyi, pentas Anugerah 2021 seolah-olah dihidupkan! Ini kerana persembahan lagu Ikut Rentakku nyanyian asal Jaclyn Victor amat segar dan dancy.

Tapi bak kata juri… mungkin Azra harus peka akan pergerakan sebab terlalu all over the place, gitew. Azra duduk di nombor ke-4, Kak Meeda beralih ke-5.

Tapi tu lah, lepas iklan jek, kononnya nak create drama dan sensasi, tiber Najip Ali nak alih Azra ke tangga nombor tiga. Terus Ann Hussein mencelah, nak letak Azra ke tangga nombor dua! VERY THE CONTROVERSY UOLLS!

Konon nak drama ala ADE NAMPAK MUMMY HAPPY?! tapi tak menjadi lah… maaf ye.

Setelah itu, persembahan oleh Raliff Ismail yang sesungguhnya memukau ini menarik perhatian Min.

Ternyata, Raliff menyanyikan lagu Ku Bersuara dengan penuh emosi dan semangat, boleh dianggap sebagai peserta terbaik sejauh ini.

Tapi tu lah, pengadil tak nak letak dia kat tangga nombor satu????? Pe ni???? Abeh asyik nak alih-alih je what a mess!!! Dah lah janggal duduk situ tengok peserta lain perform abeh ni nak gerak sini situ je. Min yang tengok, Min yang stress.

Anyway, lagu nyanyian asal Ernie Zakri itu turut dinyanyikan Hady Mirza di Gegar Vaganza tau! Terus dia menang, mungkin rezeki sama menimpa Raliff?

Persembahan terakhir dari kumpulan vokal Awwcappella amat menarik dan menonjol sekali.

Min suka part tengah-tengah tu tiber diorang break it down dan memperkenalkan setiap anggota dan peranan mereka dalam kumpulan ini!

Best sekali, kumpulan ni dapat komen dari Hazrul Nizam, salah seorang ahli Vocaluptuous!

Awwcappella meraih tempat ke-5. Ini bermaksud Raliff menjuarai pertandingan Kumpulan A, manakala Kak Meeda tersingkir.

Maaf cakap la eh but dah terang lagi bersuluh! She is the weakest link pada malam itu 😦


Secara jujurnya, memang baguslah penonton dapat lihat Anugerah kembali semula di kaca TV. Tapi yang sedihnya, konsepnya masih sama. Tiada yang baru pun. So there’s nothing penonton boleh look forward to.

Bukan tu saja, setiap persembahan cuma seorang juri je dapat beri ulasan. Rancangan ni bukannya live pun, apa salahnya kasi satu setengah jam? Biar penonton dapat dengar dan faham pendapat profesional!

Apa yang berlainan adalah ia terbuka kepada kategori solo, duo dan kumpulan serta umur peserta dilanjutkan. Pendek kata, ia gabungan Anugerah, Anugerah V dan Anugerah Band.

Tapi apa yang mengganggu Min apabila tertengok Anugerah 2021 adalah hos-hos rancangan realiti ini, terutama sekali Khairudin Samsudin dan Suhaillah Salam.

Min dah lah konpius tengok apa yang dipakai Khairudin tu, siapa jek pereka busana diorang. Korang rasa mereka ni ngam ke? Janggal je Min tengok. Nak cakap takde chemistry… ade kot sikit. Nak cakap diorang tak bagus… dua-dua berpengalaman. Entahlah macam tak kena je Min rasa.

Dah lah tak semangat pulak tu. Mungkin sebab takde penonton di panggung, so agak krik krik? Tak pasti lah… minggu depan we see how eh?

Itu saje!

Pengkritik Sandiwara

(gambar header: Mediacorp Suria Facebook)

Advertisement

3 comments

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s