Salam sejahtera, para pembaca setiaku!
Pelbagai wadah dan ragam penggiat seni teater telah jelajah untuk terus melestarikan keindahan seni ini dalam zaman Covid sekarang.
Yang terbaru, syarikat HATCH Theatrics akan membawa penonton menjadi seperti ahli keluarga sesebuah keluarga menerusi wadah penghantaran mesej yang sedang dilanda kontroversi sekarang, iaitu WhatsApp!
Diberi tajuk Keturunan Ruminah, anda akan membaca dan melihat sebuah kumpulan sembang (chatgroup) keluarga serta drama dan konflik dengan cara perlahan menjelma dari perbualan itu.
Seperti mana kita tahu, kumpulan whatsapp keluarga selalunya dikemaskinikan dengan mesej-mesej yang kurang penting seperti gambar baby atau hidangan lauk-pauk. Atau video-video semi-lucah yang dihantar seseorang yang mungkin menimbulkan banyak ketegangan. Tapi ada kalanya, pesanan lebih serius dihantar seperti pengumuman kematian.
Wadah WhatsApp ini telah menjadi pengganti kedai kopi, di mana kita sebagai satu keluarga bergosip, bermesra, kongsi kisah di ruang digital.
Jadi apakah kisah yang akan kita teroka dalam Keturunan Ruminah?
Kalau nak tahu, dapatkan tiket anda (hanya $5!) dari Peatix. Ia akan berlangsung pada 6 Mac, 7 malam dan 8 malam.
Anda akan terima pautan untuk memasuki sebuah kumpulan, dan atas sebab keselamatan siber, nombor akan dipadam dalam masa 24 jam.
– Pengkritik Sandiwara