Salam sejahtera, para pembaca setiaku!
Walaupun kategori Personaliti Paling Popular Pesta Perdana 2021 terbuka kepada DJ radio Mediacorp Warna dan Ria tahun ini, tidak seorang pun juruhebah yang tercalon dalam kategori yang dianggap paling berprestij itu.
Ini mengukuhkan lagi hakikat bahawa radio bukan sekadar tidak relevan, ia juga tidak popular dalam kalangan jumlah pendengar yang semakin merosot, kot.
Dalam sidang media yang diadakan melalui Facebook Mediacorp Suria pada Rabu, hos Fakkah Fuzz dan Shenty Feliziana mengumumkan kategori yang dipertandingkan serta calon-calon yang berjaya dicalonkan.
Mereka juga mendedahkan pencalonan bagi kategori Personaliti Paling Popular. Menariknya, buat pertama kali, Hannah Delisha tidak dicalonkan walaupun layak bertanding (agaknye ah, cos ade drama Saga 2). Adakah mungkin Hannah berada di Malaysia dan Suria tak nak edit muka dia seperti CGI lagi?
Atau Hannah dah menang dua kali, so bagi peluang kat orang lain?
Antara muka-muka biasa dicalonkan dalam kategori wanita adalah Nurul Aini, Endang Rahayu, Iztan Mellyna dan Huda Ali. Kemasukan Sabrina Nasir dalam kategori ini mungkin merupakan antara artis termuda yang dicalonkan!
Bagi kategori kaum Adam pula, Izzat Yusoff dan Norman Ishak dicalonkan lagi.
Fauzie Laily, Hans Hamid dan Iskandar Shah Zulkifli turut bertanding!
Para peminat retis-retis ini boleh mengundi mulai 20 Februari hingga 5 Mac.
Untuk memupuk kesedaran akan kewujudan rancangan radio, kategori baru diperkenalkan.
Kategori baru, Rancangan Audio Terbaik, mendapat 5 pencalonan. 3 daripada Ria 897, dan 2 daripada Warna 942.
Wow, sungguh kreatif pasukan Pesta Perdana nak sertakan rancangan radio!
Untuk melihat keseluruhan kategori yang dipertandingkan, sila ke socmed Suria.
Pabila Min tengok sesi live sidang media ni, si Fuzz ni macam… terdesak nak buat kelakar or what???
Entahlah, tak tau macam mana nak cakap. Boleh kata dia semi-professional jugak kot. Banyak (by banyak I mean 2-3) perkara yang dia tidak tahu-menahu tentang rakan artis dan industri TV, Shenty terpaksa mencelah untuk menjelaskan.
Tak sangka Fuzz kini giat di TV, eh? Kata dulang paku serpih uolls.
Pesta Perdana bakal menemui anda pada 5 Mac, jam 8.30 malam!
– Pengkritik Sandiwara
(gambar header: Facebook Suria)
[…] dalam Pesta Perdana sebelumnya, DJ-DJ radio Ria dan Warna turut diberi peluang untuk dicalonkan dalam kategori ini (walaupun takde yang masuk top 5), kini kategori ini dibuka bukan kepada personaliti TV dan radio […]
LikeLike