Ulasan Drama: Saga 2

Salam sejahtera, para pembaca setiaku!

Drama bersiri mini ‘Saga’ kembali buat musim kedua tahun ini.

Yes, that drama yang menerima banyak sangat publicity sampai ada iklan full page + coloured di Berita Harian! Amboi banyak duit Suria?

Kali ini, drama bertemakan MMA/lawan-lawan ini dibintangi oleh Imam Shah, Hannah Delisha, Hasnul Rahat, Jeff Catz dan Shah Iskandar.

Kesemua empat episod boleh ditonton di MeWATCH.

Pada episod pertama je, watak Zack dan Sofia bertembung apabila mengejar seorang penyamun. Ini menyebabkan Zack lewat untuk pertarungan silatnya di Akademi Waris.

Sebelum itu, Zack telah menonton pertandingan MMA di Staudium Negara dan terpaksa meninggalkan kawasan itu kerana punyai pertarungan silat. Malang sekali, kaki Zack terpeleot semasa mengejar penyamun tu.

Pelik sekali… pertarungan silat tu di tepi semak-semak. Kenapa eh?

Maaf cakap lah eh, kenapa drama Saga ni seolah-olah memperkecilkan Silat? Kenapa pertarungan MMA di gelanggang tahap antarabangs tapi bila silat je atas rumput? Perbezaan yang amat ketara dan kumpulan silat ini dianggap seperti… cult. Disebabkan bilangan penonton yang kecil, antara orang tua-tua dan dilakukan dalam gelap.

Padahal sukan Silat di Singapura ni dah moden kot! Pertarungan di gelanggang yang serba lengkap, bukan atas rumput. Tetapi… tak tau lah eh, mungkin ada segelintir perkumpulan silat yang OG yang masih berlatih di semak-semak, mengembalikan zaman kampung? Harap betulkan saya jika saya salah.

Bukan itu saja, mereka ambil abang-abang sado sebagai extra di dalam kumpulan MMA tapi dalam kumpulan silat, kenapa extra-extranye semua pelawak? Dah lah yang tak fit. Kesian aku tengok diorang represent silat macam gini. Teruk sangat ke silat setempat sehinggakan Suria represent mereka in old fashioned, ugly looking, out of shaped individuals? Oh wells.

Dalam cerita ni, terdapat seorang yang dengki dengan Zack dan cuba mengexposénya dengan memuatnaikkan gambar-gambar di Instagram.

Tak tau kenapa pesilat tak boleh cuba MMA padahal boleh memperbaiki kehebatan teknik silatnya kan? Kenapa jadi isu ni?

Rakan-rakan di Akademi Waris mula berpendapat bahawa Zack akan tinggalkan silat. Padahal, Zack nak memperkayakan lagi ilmu berlawan kot? Apa salahnya. Bak kata pemerintah, gunakan SkillsFuture dengan sepenuhnya!

Pendek kata, drama ni penuh dengan plot twist. Dalam episod ke-empat, aku yang stres cuba fahamkan plot twist yang belit.

Memang benar lah si watak Ryan ni memang pengkhianat, tak nak berubah! Dia lah punca si Zack meringkuk dalam penjara dulu abeh sekarang nak fix match lah apa lah. Mata duitan ni semua. Yang kelakar, dia cuba expose kerja-kerja Sofia yang tak lengkap dan kata duit dah lesap sebab kerja Sofia yang tak sempurna. Siap dengan fail finance, dia bawak pergi match tau. Kau ada?

Si watak Sofia pulak ni… dia tak wujud pun takpa. Sorry Hannah Delisha, you know I stan you sejak dulu lagi but watak Sofia ni… apa kepentingan dia? Cuma bilang Zack bahawa bapak dia sakit? Besides that, what? Cuma poster girl lawa untuk hias poster SAGA. Watak dia bukannya bercinta dengan mana-mana lelaki pun. Memanglah dia bukan gadis typical damsel in distress tapi watak dia benr-benar tak membawakan hasil!

Suria upah Hannah Delisha hanya untuk menarik penonton Malaysia je! I said what I said.

Watak Borhan pula… entah lah dia gila kot nak kongkong segalanya.

Tak tau kenapa dia berpendapat silat dan MMA tak boleh coexist? Mungkin boleh buka minda dia yang kolot tu dan belajar MMA untuk memperkayakan lagi silat atau memodenkan gelanggang rumput. A perfect example of a toxic parent yang mengharapkan anak untuk teruskan warisannya. Malang sekali, dalam drama ini, toxic parenting wins.

Setiap drama sebegini pasti ada pengkhianat. Itulah tujuan watak Farouk. Apabila dipilih sebagai wakil silat saja, dah tunjuk belang! Abeh sembunyikan Borhan kat water facility? Kelakar hahahaha.

Walau apapun, drama ini sebenarnya klisye. Cuma ada unsur lawan-lawan je. And tu pun jalan cerita yang biasa-biasa. Terkopak duit Suria bayar abang-abang MMA sado lari-lari, tumbuk-tumbuk sehinggakan abang-abang silat kita semua nampak emasculated, semuanya pelawak. Hais. Tak salah kan kalau bayar abang-abang yang serba gagah perkasa berlakon sebagai pesilat?

Selain itu, isi drama ini terlalu fokus kepada kehidupan Zack sehinggakan penonton tak kenal pun siapakah persaingan Zack dalam gelanggang yang membuat mereka benci Zack sangat? Like, kenapa diorang training sama-sama tapi lawan antara satu sama lain? Adakah ini norma dalam dunia MMA?

Dalam babak akhir cerita ini, Borhan memberikan takhta Akademi Waris kepada anaknya, Zack. Kat tepi pantai wei dia buat. Hais tergelak sis sorang-sorang tengok Zack ni berlatih atas rumput, di pantai, tepi sungai, dalam air. tergantung. Banyaklah posisi menarik! Macam Avatar pulak aku tengok. Suria really went all out for a 4 episode drama, eh.

Mungkinkah ada Saga 3?

Advertisement

4 comments

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s