Salam sejahtera, para pembaca setiaku!
Finalis Gegar Vaganza 2019, Jatt Ali baru-baru ini mengumumkan di Instagramnya bahawa beliau redha, tidak dapat sertai rakaman Sinar Lebaran yang dianjurkan Mediacorp Suria dek situasi PKP fasa kedua di Malaysia.
Di Instagramnya beliau menulis:
Akhirnya aku terpaksa akur dan redha, tak jadi balik SG disebabkan isu lockdown. Segala urusan dengan Mediacorp untuk recording rancangan Hari Raya tahun ini terpaksa dibatalkan… Aku terpaksa tarik diri, jutaan maaf pada team Mediacorp atas penarikan diri dalam rancangan Hari Raya 2020.
Ramai peminat yang memberinya kata-kata perangsang dan berkata bahawa rezeki lebih besar menunggunya. Ada juga yang bercadang untuk mengadakan persembahan menerusi IG Live!
Semoga rakan-rakan kami di Malaysia tabah dan sentiasa #StayHome semasa lockdown ini! Singapura pun samalah tapi cuma istilah lockdown tidak digunakan…
Tahun ini, rakaman rancangan Sinar Lebaran dirakam tanpa kehadiran penonton. Walaupun rancangan tahunan hambar itu tidak ditonton ramai lagi, Suria masih mengadakan rakaman itu. Kelakar!
– Pengkritik Sandiwara
Gambar oleh: YouTube//Astro Gempak
Bacalah lagi!