Dilabel ‘suami mcm tu’, warganet M’sia tergamam lihat betapa kacak Imam Shah sebenarnya

Salam sejahtera, para pembaca setiaku!

Setelah mengongsi gambar perkahwinan biasa-biasa di Instagram mereka, warganet Malaysia mula menyelidik siapakah identiti sebenar suami Hannah Delisha, iaitu pelakon kacak Singapura, Imam Shah.

Gambar yang dimuatnaik Hannah mencapai lebih 700 ribu sukaan.

Kemungkinan besar, dalam gambar itu, ramai warganet tidak mengenali siapakah Imam Shah. Bukan itu saja, gambar-gambar kahwin di socmed mereka tidak menonjol rupa kacak Imam Shah dengan begitu baik sekali.

Ini membuat beberapa jejaka Malaysia membandingkan diri mereka dengan jejaka ‘mediocre’ ini. Kononnya orang yang tidak sehensem mana boleh tackle orang secantik Hannah Delisha.

Menurut tweet yang ditulis pengguna illieyass, dia berkata bahawa perempuan cantik tidak memilih, dan Hannah terima je suami ‘mcm tu’.


Ikuti kami di socmed-socmed kegemaran anda!


Namun begitu, ramai juga warganet yang memberitahu pengguna tersebut bahawa suami Hannah sebenarnya seorang yang bukan saja kacak, juga berbadan sasa.

Berkongsi gambar yang lebih bermaya, pengguna @fuzirbarry memberi clapback yang terunggul.

Di TikTok juga isu ini hangat diperbualkan!

Pengguna @tira_hassan memautnaikkan video ‘fakta menarik’ tentang pelakon Saga 2.0 itu.

Setelah perkahwinan mereka berdua, ramai warganet Malaysia sedar bahawa Imam Shah rupanya pelakon bagi drama Lafazkan Kalimah Cintamu!

Mungkinkah selepas ini demand bagi Imam Shah akan melonjak? Lebih banyak undangan untuk berlakon dalam drama Malaysia? Mungkin ada drama di mana suami isteri ini berlakon bersama-sama?

Kami cuma harap yang terbaik bagi pengantin baru ini. Dan dalam kehidupan kerjaya mereka pula, semoga kedua-duanya dapat grow bersama!

Pengkritik Sandiwara

(gambar header: Instagram Hannah Delisha & Imam Shah)

Advertisement

One comment

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s