Salam sejahtera, para pembaca setiaku!
Selepas menonton rancangan realiti malap lagi tidak bermaya, Anugerah 2021, pada hari Selasa, Min tonton drama terbaru Mediacorp Suria bertajuk Distopia.
Episod pertama drama yang mempertengahkan keajaiban teknologi dan android dalam masa depan terdekat mengajak penonton berfikir, apakah yang akan berlaku dalam episod-episod akan datang?
Dibintangi Nurul Aini, Bella Putri, Fir Rahman dan ramai lagi, episod pertama menunjukkan kedinamikan keluarga ini.
Kewujudan android E-BU dalam episod ini dalam kehidupan keluarga mereka memberi banyak persoalan. Ini kerana android ini direka berdasarkan arwah isteri Danish, Zara. Namun begitu, android EBU tidak boleh mengakses ingatan Zara.
Anak Danish, Bella, tertanya-tanya mengapa android yang menyerupai ibunya itu tidak boleh ingat apa-apa. Dia memuatnaikkan memori ibunya dan ini mengakibatkan android itu mempunyai emosi.
Adakah android ini akan go all I,Robot terhadap keluarga Danish atau bolehkah situasi dikawal?
Walaupun episod pertama agak slow, Min rasa ia perlu sebagai asas drama ini dalam memperkenalkan premis dan inti drama ini. Min tak sabar nak tengok apa yang akan ditunjuk dalam drama ini!
Tapi tu lah, sari kata Melayu bagi drama ni tak tau bandingkan bila perlu guna EBU dan ibu. Context matters!
Yang kelakarnya, syarikat futuristik ni dipanggil Anta Permana…. hahahahhaha
– Pengkritik Sandiwara
(Gambar header: MeWATCH Suria)
[…] konsep ala futuristik bak drama Distopia, video ini amatlah menarik kerana visualnya yang sedap mata memandang. Min terpegun melihat […]
LikeLike