Salam sejahtera, para pembaca setiaku!
Seminggu lagi sehingga Pesta Perdana 2019, sudahkah anda mengundi personaliti kegemaran anda? Apa? Personaliti kegemaran anda tidak dinobatkan? Tu lah awak tak nobatkan dia waktu borang nomination dibuka!
Jika anda terlupa siapakah selebriti-selebriti yang telah dicalonkan dalam kategori ini, usah risau! Video di atas merupakan kompilasi setiap calon, kecuali pemenang Personaliti Wanita Paling Popular, cuma ada di gambar sahaja.
Ayuh kita lihat siapakah calon-calonnya!
Fadhli Abdullah? Hampir tiada harapan untuk menang.
Adakah Hisyam Hamid akan mengekalkan takhtanya?
Izzat Yusof? Bukan ke dia agak… tua untuk ini. Pencalonan dalam kategori ini is an insult.
Satu-satunya yang layak tetapi tidak mempunyai fanbase yang kuat. Oleh kerana kemenangan bergantung kepada undian, Norman Ishak mungkin tidak akan merasakan kemenangan ini.
Sufian Ahmad harapkan undian keluarga dan sahabat handai saja ke?
Endang Rahayu? Jangan sesekali berbohong pada diri sendiri.
Undian hanya terbuka kepada penduduk yang menetap di Singapura sahaja, dengan itu adakah Hannah Delisha akan memenangi kategori ini? Gambar 2017 digunakan, sis. Hannah sibuk sangat ke? Dia akan muncul di Pesta Perdana 2019 atau tidak?
Mungkin Huda Ali..?
Izyan Mellyna? Entah.
Rezeki anak ketiga bakal menyebabkan Nurul Aini merampas balik miliknya? Entahlah eh.
Jika anda tidak ingin dikecewakan, harap undi sekarang!
Klik gambar di atas untuk mengundi. Entah mengapa arahan dalam Bahasa Inggeris. Adakah Suria ingin menarik perhatian bukan-Melayu? Jangan harap lah eh. Jika Bahasa Melayu tidak digunakan dalam media Melayu, jangan terkejut jika mutu Bahasa Melayu terjunam kelak.
Dapatkan tiket-tiket Pesta Perdana 2019 di Meja Penyambut Tamu Caldecott.
Pengumuman: Oleh kerana Suria telah mengesat (block) kami di Instagram, kami tidak akan melakukan LIVE feed di IG, tetapi di Twitter. Stay tuned!
– Pengkritik Sandiwara
[…] bagi retis Personaliti Paling Popular Pesta Perdana sudah […]
LikeLike
[…] mendedahkan pencalonan bagi kategori Personaliti Paling Popular. Menariknya, buat pertama kali, Hannah Delisha tidak dicalonkan walaupun layak bertanding (agaknye ah, cos ade drama Saga 2). Adakah mungkin […]
LikeLike
[…] Ye lah… cuba kalau letak Hannah Delisha? […]
LikeLike
[…] Aini telah memenangi Personaliti Paling Popular untuk 5 tahun, iaitu pada tahun 2005, 2011, 2013, 2015 dan […]
LikeLike