Salam sejahtera, para pembaca setiaku!
Drama blockbuster Hilang Kasih Di Sarajevo hampir tamat tapi macam tak habis-habis. Semakin hari, semakin merepek. Setuju?
Epidos 10
Emina mendapat tahu bahawa Rahman adalah bapa kandungnya sekaligus, walinya! Ini terjadi kerana atuknya tercakap pasal hal wali. Emina lari ke pusara abadi dan di situ, kisah sebenar sejarahnya diceritakan oleh ibunya.
Mayat Camille akhirnya diserahkan kepada pihak berkuasa. Adakah Zack akan dipersalahkan kerana membunuh Camille?
Setengah episod ini merupakan flashback di mana Mona meminta kasih sayang daripada Rahman. Agak membosankan.
Perkakas yang ditaja oleh syarikat Jepun dirampas balik. Kasihan Rahimah. Encik Nagata berkata bahawa jumlah video yang diterbitkan oleh Rahimah tidak mencukupi (2 video setiap hari, wtf?). Wang $20,000 yang telah diberi kepada Zack juga harus dikembalikan!
Zack menyetak rompak lukisan-lukisan Rahman dan menjualnya. Wow, kikis duit nampak.
Zack telah pun larikan diri dengan wang-wang yang telah dia curi.
Epidos 11
Ramona, Rahimah dan ibunya mula selesaikan kes misteri Zack. Kematian Camille, perhubungan sulit Zack dan Camille, lukisan-lukisan yang dicetak rompak, rampasan perkakas kuih/kek. Ini semua berkaitan dengan Zack! Zack adalah besar punya penipu!
Rupa-rupanya Hannah yang membunuh Camille. kerana marah kepada Camille apabila Camille jelaskan perkara sebenar. We stan.
Tunang Emina meyakinkannya untuk mencari Rahman agar Rahman dapat menikahkan mereka berdua. Sweet gitew.
Ramona menghapuskan mesej yang dihantar oleh Emina kepada Rahman di mana Emina menjemput Rahman untuk menjadi walinya di majlis pernikahannya! Ramona cemburu ke? Mereka pun bergaduh besar pasal anak semua, curang all sehinggakan Ramona mengoyakkan lukisan potret Zana!
Rahman merajuk dan lari ke rumah ibunya.
Rahimah berjumpa Zack. TETAPI KENAPA? Ingin perangkap dia ke..?
Ok, where is this drama going? IDk.
–Â Pengkritik Sandiwara