Salam sejahtera, para pembaca setiaku!
Baru-baru ini, dunia hiburan panas dengan berita bahawa Aliff Aziz main kayu tiga. Ternyata, isterinya (atau bakal bekas isterinya) Bella Astillah telah mendapat tahu bahawa Aliff Aziz telah berlaku curang bukan sahaja dua tetapi 3 orang wanita!
Tetapi persoalannya adalah… berapa banyak lagikah wanita-wanita di luar sana yang menjadi wanita simpanan Aliff Aziz? Terdapat sumber yang menyatakan bahawa terdapat lebih daripada 10 wanita yang menjadi mangsa Aliff Aziz tetapi, kami tidak mempunyai bukti kukuh untuk benar-benar membuktikan kenyataan ini, oleh itu kami ingin bertanyakan kepada orang ramai untuk memberi kami cebisan bukti kalau ada 😉
Dengan berita baru ini, kemungkinan khabar angin mengenai insiden di mana Aliff Aziz membeli sotong di pasar raya itu mungkin… benar? Ini kerana Aliff Aziz sendiri yang agak defensive tentang gosip liar ini!
Dan jikalau benar bahawa Aliff Aziz mempunyai ramai wanita simpanan, apakah niatnya? Kepuasan nafsu? Alpha male? Harta? Darjat? Bukan itu sahaja, bagaimanakah beliau dapat mempengaruhi wanita-wanita ini untuk berskandal bersamanya?https://www.instagram.com/p/BtaejQxgxbw/
Bukan itu sahaja, Aliff Aziz telah pun menghapuskan segala gambar-gambar Bella di lelaman Instagramnya dan mereka berdua sudah tidak lagi mengikuti satu sama lain di Instagram. Harap-harap Bella benar-benar akan menuntut cerai dan tidak akan menjadi wanita naif.
https://www.instagram.com/p/BrjzLWdgCFK/
Ada desas-desus menyatakan bahawa Aliff Aziz menggunakan sihir untuk memikat dan memukau para gadis-gadis. Betul ke? Secara terus terang, itulah satu-satunya penjelasan logik kenapa wanita dilamun cinta dengan si dekni sebab Aliff Aziz ni sebenarnya………………. mediocre je kot? Adakah ini kerana tagging-tagging, poking-poking Aliff Aziz?
Kami menyarankan Zed Zaidi sebagai Presiden Persatuan Seniman Malaysia untuk membekukan segala projek-projek Aliff Aziz agar dia tidak diperlukan lagi di Malaysia. Sekaligus, perasaan gadis-gadis Malaysia dapat dielakkan daripada dipermainkan oleh kaki perempuan ini. Bukan itu sahaja, Aliff Aziz sepatutnya disekat daripada memasuki wilayah Malaysia dan segala haknya sebagai warga negara Malaysia (jika ada) harus dibubarkan.
Inilah satu-satunya cara untuk menutup malu agar keluarga Aliff Aziz dan rakyat Singapura dapat hidup dalam aman tanpa membaca berita gosip yang menjatuhkan maruah kami semua.
Terdapat selebriti-selebriti Melayu yang mempunyai lebih daripada 1 isteri kerana Islam membenarkan poligami, kenapa Aliff Aziz tidak ingin memilih untuk mempunyai 2 isteri secara sah? Adakah kerana Bella tidak merestui atau Aliff Aziz suka akan the thrill of adultery?
Seperti biasa, kami di Pengkritik Sandiwara menunggu kenyataan rasmi ibu Aliff Aziz di Facebooknya.
– Pengkritik Sandiwara