Netflix Street Food: Kisah Cinta Di Sebalik Putu Piring

Salam sejahtera, para pembaca setiaku!

Baru-baru ini, Netflix baru sahaja mengeluarkan siri dokumentari terbaru bertajuk Street Food. Dalam dokumentari ini, kisah-kisah penjaja tepi jalanan merata Asia Tenggara (kecuali Malaysia wkwkwkwk) dikongsi bersama penonton.

Dalam episod “Singapore”, cerita-cerita Nasi Ayam Hainanese, Chilli Crab dan sebagainya dikupaskan. Terdapat juga perbincangan tentang isu pelestarian “hawker culture”, sama ada generasi seterusnya akan tetap mengekalkan budaya makanan Singapura di masa hadapan di mana anak-anak pemilik warung ini semua lebih berjaya dan mungkin tidak akan mengambil alih ibu bapa mereka. Tetapi, terdapat juga beberapa individu yang ingin teruskan tradisi ibu bapa mereka.

Apa yang menarik perhatian saya adalah kisah cinta yang tercetus dalam kisah Putu Piring Haig Road. Pasti ramai yang tahu akan putu piring yang amat terkenal ini! Dalam episod Street Food ini, kisah kejayaan Putu Piring Haig Road dikupas dan penonton diberitahu bahawa pengorbanan dan cinta Puan Aisha lah yang menyebabkan perniagaan kuih tradisional ini yang diperbuat daripada kelapa dan gula melaka ini terus berjaya!

Walaupun berdepan dengan masalah dan tekanan apabila perniagaan ini merosot apabila beliau baru pulang daripada Amerika Syarikat, beliau tidak putus asa, dan bersama suaminya, merancakkan lagi penjualan putu piring dengan cara yang lebih moden.

Apa yang saya tidak tahu adalah, Puan Aisha sebenarnya daripada sekolah kulinari AS! Wow, mungkin Putu Piring Haig Road harus kenalkan beberapa menu baru seperti pancake putu piring ke..? Dan juga buka cawangan di daerah barat… please?

#DirgahayuMelayu and also, boikot Kueh Tutu cos…. what is that?

– Pengkritik Sandiwara

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s