Salam sejahtera, para pembaca setiaku!
This Is What Happens To Pretty Girls oleh Pangdemonium menceritakan kisah dan pengalaman mangsa-mangsa #MeToo pada zaman ini.
Dalam era ini, kita dapat melihat betapa banyaknya kes-kes cabul, penderaan seksual dan bagaimana masyarakat, terutama di socmed, ingin menegakkan kesaksamaan jantina dan menyalahkan mereka-mereka (Malay Men™) yang melihat wanita (tak kisah aurat tertutup atau tidak) sebagai objek puasan nafsu sahaja.
Dibintangi ole Oon Shu An, Pam Oei, Serene Chen, Thomas Pang, Adrian Pang, Jamil Schulze, Paul Courtenay Hyu dan Tess Pang, This Is What Happens To Pretty Girls yang diarah oleh Tracie Pang akan mengongsi kisah-kisah dari sudut yang berbeza, rahsia dan juga kebenaran yang tidak pernah dibocorkan.
Malang sekali, banyak mangsa seksual masih mendiamkan diri kerana rasa ketakutakan dan trauma yang mereka alami. Dengan adanya individu-individu yang muncul dengan kisah-kisah mereka, semoga mereka-mereka yang masih bersembunyi, akan memberanikan diri untuk bersuara. Tetapi malangnya, walaupun ada mereka yang bersuara, pencabul masih loloskan diri. Kes A.
This Is What Happens To Pretty Girls akan berlangsung di Drama Centre Theatre dari 10 hingga 26 Mei. Tiket-tiket boleh didapati di sini.
– Pengkritik Sandiwara