Salam sejahtera, para pembaca setiaku!
Nampaknya semakin ramai retis yang terjebak dalam kes pencurian identiti di Instagram.
Minggu ni je ade empat, uolls! Jom kita lihat siapa yang kena.
Pelawak setempat, Hamzah Adon, menggesa pengikutnya agar sekat dan laporkan akaun bedek tersebut. Dia pun memaki orang itu secara ‘sopan’ dengan tanda pagar #aLeUTo.
Walaupun tidak berada di Singapura pada masa ini, pelakon sado Jeff Catz pun menjadi mangsa!
Beliau menulis di IGnya bahawa akaun yang menyerupainya adalah palsu, bersertakan tanda pagar #anjing.
Fazlyna Aziz atau lebih dikenali sebagai Jenny Primadonna turut terkena. Dia mengingatkan orang ramai bahawa nama IGnya hanya ada satu A, tidak berganda.
Oh, Nick Mikhail juga. Again.
Kepada anda semua yang hampir terpedaya, hati-hati ok?
– Pengkritik Sandiwara