Amy Eedaya tarik diri daripada Projek Lagu

Salam sejahtera, para pembaca setiaku!

Salah seorang peserta Projek Lagu daripada minggu kedua, Amy Eedaya, telah menarik diri atas sebab-sebab peribadi.

Menurut catatan Instgramnya minggu lepas, perjalanannya di Projek Lagu terpaksa dihentikan atas masalah peribadi yang amat sensiti dan tidak dapat Amy Eedaya kongsikan secara umum.

Eedaya terpaksa mengundur diri, dan beliau amat menghargai segala dorongan yang telah beliau terima. Minggu lepas, beliau telah menyanyikan lagu berjudul Eedaya.

Dalam pada itu, Eedaya memberi sokongan kepada peserta lain dan berharap akan bekerjasama pada masa hadapan.

Oh well, kita merancang Tuhan yang menentukan.

Walau apapun sebab Eedaya, kami mengharapkan yang terbaik untuknya!

Minggu lepas,para peserta bertarung di pentas Projek Lagu. Mereka adalah Amy Eedaya, Rayhul Firdaus & Rico Setiabudi, BIGG Arjuna dan Aqmal N. & Diana Saad.

Secara terus terang, lagu-lagu minggu kedua lebih menyerlah dan seronok didengar berbanding minggu pertama.

Setelah 17 tahun menyimpan karya ini, BIGG Arjuna akhirnya mempersembahkan lagu ini yang ditulis khas buat Puterinya.

Gerak tari dua beradik ini pasti menambat hati. Bukan itu saja, lagu rancak tulisan Rayhul Firdaus & Rico Setiabudi berjudul Terapin Bumi ini semestinya sebuah bop! Min suke.

Ditambah pulak dengan pakaian seragam, cukup dengan sarung tangan. We love a concept.

Bagi lagu tulisan Aqmal N. & Diana Saad berjudul Berbisik Rindu mempunyai… potensi! Potensi untuk menjadi sebuah lagu ngetop yang sering jadi nyanyian di majlis perkahwinan atau lagu-harus-nyanyi di sesi karaoke.

Cuma… Ryzall Noh ni… memang suara dia cam tu eh??? Off-key? Pitching lari? Entah la, Min bukan tahu menahu istilah betul mengenai nyanyian ea.

So yes, sekarang minggu kedua hanya 3 peserta… jadi macam mana tu? Sekali-sekala pertandingan realiti tempatan Melayu ada KEJUTAN MENDADAK tapi… tak digempar-gempurkan. Kesian tak boleh ride on shock publicity untuk promote show.

Kite tengok je lah esok bagaimana Yanto Sani, Reyza Hamizan & Osem, Andy Gan & Aisha Ayesha dan Ariff & Zul persembahkan karya-karya mereka!

– Pengkritik Sandiwara

(gambar header: Instagram Mediacorp Suria dan Amy Eedaya)

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s