Fadhilah Samsudin jelas tersalah umum pemenang Pesta Perdana, bos tersandung

Salam sejahtera, para pembaca setiaku!

Acara gila gemilang Pesta Perdana 2021 penuh gah, dan… keterpeleotan. Oh wells, tiada yang sempurna dalam dunia ni kan?

Antara kejadian yang paling awkward yang berlaku pada malam pengiktirfan dua tahun sekali itu adalah semasa Fir Rahman dan Fadhilah Samsudin mengumumkan pemenang bagi kategori Skrip Terbaik.

Pendek kata, Fadhilah terbaca pemenang untuk kategori seterusnya, iaitu Skrip Terbaik – Drama, padahal kategori yang sepatutnya diumumkan adalah Skrip Terbaik – Rancangan Hiburan!

Apa yang membuatnya amat janggal adalah saat-saat senyap setelah ‘pemenang’ dilafazkan. Tiada muzik latar belakang, tepukan yang kurang bermaya, muka cuak kedu-dua selebriti di atas pentas.

Tapi mujur, mereka berdua menangani masalah ini dengan cukup profesional! Fir Rahman mengaku bahawa mereka terbaca dari sampul yang salah. Fadhilah mengambil sampul yang betul, dengan muka yang tetap cuak, dan membaca pemenang bagi kategori yang betul!

Di Instagramnya, pelakon yang popular dengan drama Erlin Montel itu menulis refleksinya dan menerangkan apa yang berlaku di atas pentas.

Fadhilah berkata bahawa dia rasa bersalah kepada pemenang Nety fiona tapi mungkin ada hikmah di sebalik kejadian yang tidak boleh dilupakan ini. Sesungguhnya, ia sekadar kesalahan yang kecil dan tidak menjejaskan kedatangan yang tidak diingini. So, takpelah.

Lagipun, kita sekadar manusia yang tidak lepas dari kesalahan, bukan? Yang penting, mereka berdua menanganinya secara profesional! Min dapat rasakan kekesalan Fadhilah ni menerusi gambar-gambar yang dia kongsi. Very the feels! Boleh lihat dari mata dia bahawa dia benar-benar kesal!

Whatever it is, tak sabar nak lihat more and more of Fadhilah Samsudin di kaca TV. Love Siapa Jaga Mak! Biasalah Suria, bila dah satu artis tu comeback, artis tu je lah yang kita akan nampak!

Selain ini, terdapat juga beberapa kejadian yang boleh dikatakan mencuit hati berlaku pada malam berprestij ini.

Ibu baru, Rahila Rashun, pun hampir terjatuh di tangga karpet merah Pesta Perdana Glam yang dihoskan oleh Atyy Malek dan Yuslina Yusof! Rahila menjelaskan di IGSnya bahawa dia sebenarnya tidak terjatuh cuma terpeleot sikit!

Hmm… siapa yang digandingkan dengan Fir Rahman jek ade isu eh? Terpegun melihat kehenseman dan kesadoan Daddy Fir ke?

Orang besar Suria/Eaglevision tidak terkecuali!

Puan Sabariah Ramilan pun tersandong di pentas. Kesian! Harap beliau ok saja…

Ok itu saje ye. Nanti kalau Min ada masa, Min akan tulis pasal fesyen Pesta Perdana 2021…….

Pengkritik Sandiwara

(gambar header: Instagram Fadhilah Samsudin/YouTube Mediacorp)

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s