Ragam Mama amat kecoh!

Salam sejahtera, para pembaca setiaku!

Sempena Hari Wanita Sedunia semalam, Suria telah menayangkan sebuah drama khas berjudul Ragam Mama yang mengisahkan perjalanan empat orang wanita yang sedang sarat mengandung.

Drama ini dibintangi bakat-bakat muda seperti Yuslina Yusof, Salif Hardie, Fatin Amira, Hans Hamid, Lydia Izzati, Fadhlur Rahman, Haslinna Jaman dan ramai lagi! Yes, empat pasang saumi isteri dalam satu telemovie yang berlangsung selama 2 jam.

Apabila mendapat tahu bahawa ada drama khas Hari Wanita Sedunia, Min teruja sangat! Sebab… wow, mungkin isu-isu sosial ketara yang membelenggu wanita akan diperbincangkan.

Ragam Mama menyentuh isu-isu penting dengan secara selamba. Tetapi, Min rasa ia terlalu santai dan amat kecoh.

Ini kerana dalam masa 2 jam, penonton disajikan dengan 4 masalah yang dihadapi 4 keluarga.

Rafidah merupakan ibu dua anak yang bakal menimang cahaya mata ketiga. Bak kata orang tua, setiap tahun, satu. Ini membuatnya lebih tertekan dan berkecamuk kerana ingin melindungi yang tersayang daripada pendedahan kuman.

Dalam telemovie ini, kita dapat lihat bahawa Rafidah menghidap OCD dan pada mulanya, tidak ingin ke doktor untuk dapat rawatan. Setelah dipujuk suami, keadaan Rafidah pulih dengan… cepat. Hairan sekali.

Watak/keluarga Rafidah merupakan peluang untuk bincangkan tentang isu mental yang dihidapi para ibu semasa mereka hamil tapi Suria cuma menyentuh permukaan isu ini saja… Oh wells.

Jamilah pula sebaliknya, ada anak setiap 7 tahun. Oleh kerana sibuk dengan kerjayanya, Jamilah tidak punyai masa untuk anak pertama dan keduanya. Dia mempunyai masa yang sukar untuk memberitahu anak-anaknya tentang adik baru mereka. Setelah mendapat tahu, anak sulungnya berpendapat bahawa ibunya tidak memberikan perhatian kerana adiknya yang bakal tiba.

Begitu juga di kerja. Jamilah menyembunyikan kehamilannya kerana tidak mahu majikannya memberinya special treatment. Dan tidak mahu terlepas peluang untuk naik pangkat. Tapi… semuanya ok sebab majikannya understanding.

Another peluang yang terlepas di mana Suria boleh menimbulkan isu di mana wanita hamil dilayan dengan cara yang berbeza apabila mereka hamil. Wanita selalu berdepan dengan dilema antara keluarga dan kerjaya.

Sebagai mantan peragawati, Shahidah tidak lagi laku apabila dia sudah bunting. Dia cuba kekal relevan melalui cara lain tapi tidak begitu berkesan.

Isu ini amat berat sekali kerana setiap ibu semestinya melalui fasa di mana badan mereka bertukar semasa dan selepas berbadan dua. Body dysmorphia, insecurity, society’s beauty standard for women etc. Banyak isu boleh dikupas!

Bukan itu saja, Shahidah juga dianggap sebagai ‘trophy wife’ oleh suaminya. Fikir-fikirkanlah.

Bagi Hamidah pula, dia tidak tahu bagaimana untuk memberitahu suaminya bahawa dia hamil dengan anak kembar. Keadaan semakin teruk apabila suaminya berhenti kerja.

Mujur sekali, Hamidah akan menerbitkan bukunya.

Apakah isu sebenar yang tertera dalam pasangan ini? Isteri yang lebih berkuasa/mempunyai pendapatan tinggi. Suria really have all these important topic and issues tapi biarkan ia habis dengan happy ending yang tiber.

Kenapa narrator suara anak Hamidah? Anak… lelaki? Dan kenapa suara dia suara orang tua?

Agak kecewa dengan telemovie ini. Premis yang cukup baik dan menarik, tapi jalan cerita agak touch and go.

Pengkritik Sandiwara

(gambar header: meWATCH Suria)

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s