Distopia: masa depan atau masa kini?

Salam sejahtera, para pembaca setiaku!

Adakah benar drama Distopia ini mengisahkan masalah dan isu-isu yang bakal timbul dek kecanggihan teknologi pada masa depan atau cerminan masyarakat masa kini?

Epidos kedua Distopia, berjudul Intelek, dibintangi Siti Hajar, Hermie Latiff dan Fauziah Zie seolah-olah mengisahkan apa yang sudah terjadi pada dunia pada masa ini.

Huda, seorang ibu yang tidak mampu membeli gajet-gajet terbaru untuk anaknya kerana masalah kewangan, rasa sedih dan risau kerana anaknya ketinggalan dalam pembelajaran. Apakan tidak, para pelajar bergantung kepada teknologi untuk belajar, manakala anaknya Rayyan, terpaksa gunakan komputer yang boleh disifatkan sebagai outdated.

Adakah ini masalah yang akan timbul masa depan atau sudah wujud kini? Kita tahu bahawa pelajar di Singapura bergantung kepada komputer riba atau tablet bagi beberapa mata pelajaran. Bahkan, pihak pemerintah juga mengharuskan komputer bagi setiap pelajar menengah tahun ini.

Anak-anak dari keluarga berada sudah selesa dengan teknologi dan mereka meraih daripada kelebihan ini. Manakala anak-anak dari keluarga yang kurang bernasib baik ketinggalan kerana tidak diberi peluang yang sama.

Ini bermakna anak-anak dari keluarga yang kurang bernasib baik akan sentiasa harus bekerja lebih keras untuk mencapai kejayaan yang serupa dengan rakan-rakan mereka yang dari keluarga untung. Pendek kata, tak semua orang mula di garis permulaan yang sama dalam sebuah lumba lari.

Selain itu, kita lihat betapa alat canggih ini menjauhkan perhubungan keluarga. Oleh kerana taksub dengan gajet ini, kita lupa untuk berinteraksi dengan orang-orang di sekeliling kita. Bukankah ini sudah berlaku? Di mana kita sering periksa IG atau membaca mesej apabila berada di tempat makan bersama rakan-rakan? Atau berikan anak-anak kita iPad agar mereka duduk diam?

Melalui drama ini, penonton dapat belajar bahawa ketagihan dan isu-isu masa depan bukanlah unik pada jangka masa tapi akan terus wujud tidak kira masa. Sekiranya kita tidak bertindak sekarang, masalah-masalah ini akan tetap berlarutan dan evolve mengikut peredaran zaman!

Tapi yang peliknya, gajet yang buat anak muda ketagih tu gajet untuk belajar. Pelik pulak budak-budak ketagih belajar. Make it make sense!

Pengkritik Sandiwara

(gambar header: Mediacorp meWATCH & Facebook)

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s