Salam sejahtera, para pembaca setiaku!
November ini, saksikan dua persembahan popular Projek Suitcase yang mengetengahkan tema kehilangan dan kerinduan.
Bertajuk Mama Lekas Pulang dan Balik, anda boleh menyaksikan pementasan ini secara langsung (dan bukan di alam maya!) di Esplanade mulai 5 November.
Mama Lekas Pulang meneroka dunia demensia dan bagaimana ia memberi kesan terhadap perhubungan antara seorang ibu dan anak. Skripnya diilhamkan daripada lagu-lagu popular Uji Rashid.
Persembahan ini dipentaskan oleh Elnie S Mashari dan diarah oleh Molizah Mohd Mohter. (Moli)
Balik pula mengisahkan seorang wanita dalam lingkungan lewat 30-an, Ain, yang mengalami isu-isu diabaikan (abandonment issues). Setelah pemergian ibunya, Ain bergelut dengan hakikat untuk memberi erti terhadap kewujudannya sambil memahami warisan yang ditinggalkan ibu dan bapanya.
Pementasan ini dilakonkan oleh Farah Ong dan diarah oleh Mohd Fared Jainal.
Tiket-tiket untuk Pulang Balik boleh didapati di sini.
– Pengkritik Sandiwara
(gambar header: Facebook Teater Ekamatra)
[…] kerana salah satu ahli pasukan Pulang Balik didapati positif Covid-19, dengan dukacitanya pementasan berganda ini terpaksa dibatalkan demi […]
LikeLike
[…] Pesta Seni Antarabangsa Singapura (Sifa) 2022, Teater Ekamatra bakal menghidupkan adaptasi karya komedi William Shakespear yang berjudul A Midsummer Night’s […]
LikeLike