Salam sejahtera, para pembaca setiaku!
Akaun sensasi, sgcickenrice, yang telah mendedahkan drama hangat yang menggegarkan satu Temasek, telah pun bersara.
Itulah yang dikongsi akaun yang mengongsi aduan dan tuduhan terhadap syarikat media, Night Owl Cinematics (NOC).
Dalam siaran terbarunya semalam (dan satu-satunya siaran awam kerana yang lain telah dipadam), ditulis bahawa akaun tersebut tidak akan menyiarkan apa-apa lagi tentang NOC dan berharap semua pihak yang terlibat akan selesaikan isu ini secara damai dan teruskan kehidupan mereka.
Menerusi akaun ini, tercetusnya hiburan tahap optima iaitu saga antara pengasas NOC iaitu Sylvia Chan dan Ryan Tan yang merupakan pasangan suami isteri satu ketika dahulu. Pempengaruh veteran, Xiaxue, turut terlibat dalam menambahkan minyak ke kuali yang panas.
Dalam siaran terakhir sgcickenrice, personaliti radio dan YouTube yang telah dicancelledt, Deekosh, menyuarakan pendapatnya.
Drama melambung sampai ke langit. Orang bergaduh. Orang hilang kerja. Duit hilang. Maruah hilang. Tapi bila isu dah jadi real? Padam semuanya. Sepatutnya ada tanggungjawab terhadap akaun-akaun sial tersembunyi yang bebas tanpa apa-apa. Kata je.
Deekosh
Memang benar kata mantan pengacara Foodking tu! Takkan la diorang dah meletopkan satu Singapura pastu dah cuci tangan eh? Kalau ye pun, delete je la akaun tanpa beritahu siapa-siapa! Biarkan misteri.
Anyways, Min dah bosan dengan drama ni. Just nak drama ni habis and lihat bagaimana ianya semua akan terlerai!
– Pengkritik Sandiwara
(gambar header: Instagram sgcickenrice, Deekosh)
[…] syarikat Night Owl Cinematics sudah pun kembali sedia kala setelah identiti sgcickenrice tersebar luas oleh […]
LikeLike