Salam sejahtera, para pembaca setiaku!
Semalam, Fauzie Laily telah memuatnaikkan seklip TikTok untuk membersihkan namanya.
Ini setelah sebuah artikel Channel NewsAsia (CNA) yang terpapar di Facebook menyatakan bahawa seorang lelaki bernama Fazly Laily dihadapi hukuman penjara atas kesalahan menggunakan wang yang dimasukkan ke akaunnya dalam satu skim penipuan.
Dalam video itu, pelakon drama KIN itu dengan selamba menafikan bahawa dialah lelaki yang dimaksudkan dalam artikel tersebut. Sama ada Fauzie dan Fazly berkaitan masih tidak jelas.
Korang boleh baca artikel yang dimaksudkan di bawah:
Lain kali, baca artikel betul-betul sebelum buat sebarang spekulasi, ya!
– Pengkritik Sandiwara
(gambar header: TikTok Fauzie Laily, Facebook CNA)
[…] Fauzie Laily berkongsi di Instagramnya siaran gambar di mana dirinya menunjuk sekeping ijazah yang […]
LikeLike