Salam sejahtera, para pembaca setiaku!
Semalam, Fauzie Laily berkongsi di Instagramnya siaran gambar di mana dirinya menunjuk sekeping ijazah yang diterimanya.
Apabila tenung ijazah tersebut, ternyata selebriti setempat itu meraih Sarjana Muda Kepujian Kelas Pertama dalam Penerbitan Media Penyiaran! Tahniah. 🎉
Di kapsyennya, Fauzie menulis bahawa ijazah dari Universiti Teesside ini merupakan penat lelah 2021.
Pelakon KIN itu pun berkongsi bahawa dia akhrinya meraih sarjana muda pada umur 36 tahun.
Tak kisahlah umur kita, pendidikan sepanjang hayat katakan? Takde had umur!
Syabas kami ucapkan kepada Fauzie Laily! Semoga sukses selalu.
– Pengkritik Sandiwara
(Gambar header: IG Fauzie Laily)
[…] Fauzie Laily juga berpakaian tradisional kemeja-T putih dan seluar panjang di sebuah pondok berhiaskan […]
LikeLike