River Medway tersingkir dari Drag Race UK

Salam sejahtera, para pembaca setiaku!

Satu-satunya peserta berketurunan Singapura, River Medway, telah terkecundang dari peraduan realiti Drag Race UK minggu ini dalam episod 6.

Apa yang mengejutkan lagi adalah dalam episod ini, ia merupakan sebuah penyingkiran berganda (double elimination). River Medway dihantar pulang bersama Choriza May.

Prestasinya di cabaran ikonik Snatch Game sebagai Amy Childs tidak menambat hati juri, dan busananya di pentas runway pula tidak begitu menyerlah. Dalam peluang akhirnya untuk membuktikan bahawa dia berhak untuk teruskan perjalanan dalam memiliki takhtah Drag Race UK, RuPaul tidak begitu puas dengan lip-sync kededua peserta.

Sejauh ini, River Medway telah memenangi satu pingat RuPeter Badge dalam cabaran pasukan bersama Choriza May, Ella Vaday dan Vanity Milan.

Minggu lepas, River Medway mengenakan busana merah bertemakan Kerajaan Cina sebagai tanda hormat kepada keturunannya.

Walaupun berada di tangga bawah pada minggu pertama, busana yang diperagakannya menjadi meme serta merta!

Ramai peminat Drag Race meniru gaya ini ekoran episod pertama musim ketiga Drag Race.

Kami harap River Medway akan terus menyerlah dalam karya dragnya setelah ini. Tahniah!

– Pengkritik Sandiwara

(gambar header: Instagram River Medway)

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s