Anak Singapura sertai Drag Race UK

Salam sejahtera, para pembaca setiaku!

Baru-baru ini Rupaul’s Drag Race UK mengumumkan barisan peserta musim ketiganya.

Salah satu daripadanya merupakan wakil Singapura.

Dalam wawancara ‘Meet The Queens’, River Medway berkata, “I am 50% white British, 50% Singaporean.”

Beliau merupakan salah satu daripada 12 peserta yang bertanding dalam pertandingan realiti popular yang pertama kali diadakan di Amerika Syarikat lebih sedekad yang lalu.

Peserta-peserta yang lain adalah Anubis, Ella Vaday, Elektra Fence, Victoria Scone, Krystal Versace, Choriza May, Vanity Mila, Scarlett Harlett, Charity Kase, Kitty Scott-Claus dan Veronica Green (yang kembali ke musim ke-3 kerana dijangkiti Covid-19 semasa musim ke-2).

Sebelum ini juara Rupaul’s Drag Race UK adalah The Vivienne dan Lawrence Chaney.

Ini merupakan kali kedua Singapura berada di pentas Drag Race. Pada 2019, Vanda Miss Joaquim, membanggakan Singapura di Drag Race Thailand musim kedua.

Rancangan realiti popular ini juga akan berkembang ke negara jiran Filipina tidak lama lagi!

Ramai peminat Drag Race ingin melihat Jujubee, Ongina dan Manila Luzon, ikon-ikon Drag Race terkenal berketurunan Filipina membuat kemunculan dalam versi Filipina ini.

Pengkritik Sandiwara

(gambar: Drag Race UK)

One comment

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s