Salam sejahtera, para pembaca setiaku!
Semalam, pelakon dan usahawan Lydia Izzati berkongsi di Instagram tentang perjalanan kehamilan anak keduanya.
Menurut catatannya itu, kehamilan kedua lebih mencabar kerana dirinya rasa lebih ngantuk dan penat. Baby bumpnya lebih ketara dan sepertinya tidak boleh makan dengan betul. Namun begitu, ibu ini belum lagi mengidam apa-apa.
Menjaga anaknya yang masih kecil semasa hamil juga satu cabaran. Dia juga tertanya-tanya dari mana dia dapat tenaga untuk menjaga anak kecilnya itu, Eliya, dan kerjanya yang tak pernah habis.
Minggu lalu, Lydia telah berkongsi sebuah video untuk mendedahkan kehamilannya itu.
Dalam video selama lebih kurang seminit itu, Lydia turut mengongsi beberapa perkara.
Menurut siaran itu, pengasas Satay Ummi itu telah mengalami seorang rainbow babya dan peristiwa ini membuatnya seorang yang lebih tabah.
Pada Tahun Baru Islam itu juga dia berdia untuk kesihatan, kebahagiaan, kemajuan orang ramai sepanjang tahun.
Lydia juga berdoa agar mereka yang ingin sangat seorang anak dapat menikmati keindahan ini.
Walaupun berbaju biru bersama suaminya, Zaki Affandi, Lydia berkata bahawa jantina anaknya belum diketahui lagi!
Kami berharap Lydia akan selamat melahirkan anak keduanya apabila tiba waktunya. InsyaAllah.
– Pengkritik Sandiwara
(Gambar header: Instagram Lydia Izzati)
[…] Ilyas. Itulah nama diberi kepada anak lelaki pertama Lydia Izzati dan suami, Zaki […]
LikeLike