Salam sejahtera, para pembaca setiaku!
Sempena Pusat Budaya Cina Singapura (SCCC) Ekstravaganza 2022, anda boleh saksikan pelbagai filem dalam segmen Rhythm of Time – Pesta Filem Mini yang merangkumi 17 filem pendek di SCCC.

Dua daripadanya menampilkan artis dan juga filem Melayu berjudul In Between These Pages oleh Rifyal Giffari dan Bunga Sayang oleh Royston Tan pada 19 Jun nanti.
In Between These Pages mengisahkan kisah cinta terlarang antara dua bangsa berbeza yang meneroka identiti pelakon utama wanita. Pengarahnya mencerminkan perasaannya di mana keperibadian seseorang itu tertakluk kepada kebiasaan masyarakat.
Bunga Sayang pula menampilkan seorang budak kecil yang ingin berkawan dengan seorang makcik tua. Filem itu memenangi Filem Pendek Asia Terbaik di Sapporo, filem Singapura pertama untuk memenangi kategori itu dalam pesta anugerah tersebut dalam 11 tahun.
Lirik lagu filem itu ditulis oleh Rahimah Rahim dan Alfian Sa’at, dinyanyikan oleh Rahimah Rahim dan digubah oleh Dick Lee.
Antara filem lain yang boleh anda tonton adalah:
1. Grandma Positioning System (2015)
2. Letters from the Motherland (2017)
3. Sukaraan (2019)
4. Trishaw (2001)
5. The Perm (2016)
6. Nursery Rhymes (2020)
7. The Reunion Dinner (2011)
8. Sunshine Singapore (1972)
9. Madam Chan (2008)
10. Moving House (1996)
11. 148: Shangri-La Confectionery (2021)
12. Happy Birthday Ah Ma (2006)
13. My Father After Dinner (2015)
14. What About Farquhar (2020)
15. Aunt Lotus & Her Dream Bicycle (2022)
Untuk ketahui lebih lanjut tentang pesta percuma ini, kunjungi lelaman mereka di sini.
– Pengkritik Sandiwara