Salam sejahtera, para pembaca setiaku!
Hazrul Nizam layak ke peringkat akhir Gegar Vaganza 9, menjadikannya satu-satunya wakil solo Singapura yang bakal mewakili Singapura di pertandingan bertaraf serantau itu.
Hazrul Nizam bakal bertarung dengan Jaclyn Victor, Shila Amzah, Tomok, Bob Yusof dan VE minggu depan.
Hazrul yang menyanyikan lagu Hal Hebat (Govinda) dan berduet bersama VE dengan lagu Kau Pun Sama (Syamel) meraih tempat ke-5.
Menurut komen Tok Ram, persembahan Hazrul malam tadi kurang memuaskan.
Fuad Rahman yang selalu membawakan lagu genre rok akhirnya tersingkir. Beliau menyanyikan lagu Di Alam Fana Cinta (Fotografi), dan Boneka (Ernie Zakri) bersama Dina Nadzir.
Kedua-dua Dina dan Fuad secara kebetulan tersingkir.
Kami ucapkan yang terbaik buat Hazrul Nizam dan moga mencipta sejarah buat Singapura sekali lagi!
Aliff Aziz, juara GV8 turut hadir menonton pusingan separuh akhir tadi.
– Pengkritik Sandiwara
(gambar header: Astro Gempak)
[…] popular, Shila Amzah, baru saja umumkan bahawa beliau bakal adakan konsert tour berjudul Journey To The […]
LikeLike