Salam sejahtera dan salam Ahad, pembaca setiaku! Maaf, agak sibuk sedikit. Rasa seperti lama dah tak kemas kini blog ini. Maklumlah, agak sibuk dengan persiapan bagi ujibakat Anugerah 2017. Eh, alamak. TMI.
Beberapa hari yang lalu, Suria mengumumkan bahawa orang ramai boleh calonkan selebriti kegemaran di dalam kategori Personaliti Lelaki dan Wanita Paling Popular di Pesta Perdana 2017.
Mungkin ada yang terlupa siapa yang memenangi pencalonan ini pada Pesta Perdana yang lepas. Mari saya imbaskan. Pemenang untuk kategori lelaki – Imam Shah, wanita – Nurul Aini.
Antara selebriti-selebriti yang dicalonkan adalah
Nadiah M Din
Farhana M Noor
Mastura Ahmad
Wahyu Rahman
Hisyam Hamid
Norman Ishak
Fir Rahman
Syarif SleeQ
Saya pasti kemenangan Nurul Aini tu memang ramai yang sudah jangkakan, cuma Imam Shah???? But tbh, semua lelaki macam nothing as compared to the females so meh. Dan saya masih tertanya-tanya mengapa Imam Shah boleh menang? No h8 tapi cuma musykil. Setelah kemenangannya pun bukan dia muncul di TV kerap sangat.
Bagi tahun 2017 pula, ini pula guess saya siapa akan dicalonkan ah. GUESS AJA.
Nurul Aini (tak payah explain la kan, duh)
Farhana M Noor, masanya untuk seseorang mengambil takhta Nurul Aini
Sheiryn Aisiqa, dia kerap muncul tetapi saya rasa dia belum menambat hati penonton Suria.
Lydia Asyiqin, wataknya dalam Kisah Tok Kadi dan interns buat dia lebih popz so ada chance kot?
Wahyu Rahman, lakonannya dalam Bunga Tanjong memukau dan PIZ pula memberi impak
Nadiah M Din, rezeki mempelai baharu?
Bagi lelaki,
Nick Mikhail, kontroversi is güd.
Norman Ishak, lakonannya best tapi fanbase ade tak?
Syarif SleeQ, mungkinkah dia merampas balik takhtanya?
Jeff Catz mungkin?
Fir Rahman, ekcili dia tak menang pun takpe. Dia pemenang di dalam hati I.
Tu je ah. Kalau you alls ada sebarang komen, jangan segan ye. Emel ke, FB mesej ke, Twitter DM ke, komen ke.
Itu sahaja update ringkas saya!
Jangan lupa calonkan selebriti kegemaran anda!
– Pengkritik Sandiwara
P.S.
[…] lah yang boleh saya panggil Muka Suria. Yang lain semua menghilang. Tak terkejut kalau dia menang Personaliti Paling Popular di Pesta Perdana tahun hadapan. Suria harus melatih lebih selebriti untuk menggantikan tempat […]
LikeLike