7 Hari: Tentang Cinta

Salam semua!

5 day streak tulis pasal drama antologi 7 Hari ni. Kali ini, kisahnya bertajuk “Tentang Cinta”.

Dibintangi Aleeyah Nabilah, Suhaillah Salam, Hasnul Rahmat dan Jorah Ahmad, Tentang Cinta mengisahkan tentang seorang perempuan 14 tahun yang gembira kerana mendapat ayah baharu.

Rumusan:

Cinta dan ibunya hidup merempat kerana bapa kandung Cinta seorang penagih dadah. Namun, itu semua berubah setelah ibu Cinta mengahwini Aman. Aman menjaga Cinta, ibu Cinta serta nenek Cinta. Aman melakukan apa sahaja untuk menawan hati Cinta agar Cinta memanggilnya ayah. Ibu Cinta pun amat gembira apabila mereka hidup bahagia. Namun, ibu Cinta ni kerja syif malam. Jadi, dia tidak tahu apa yang terjadi di rumah. Cuma nenek Cinta yang tahu-menahu. Tetapi, nenek Cinta ni ada sikit nyanyuk so, kata-kata dia macam tidak sahih gitu. Cinta mendapat tahu bahawa dia hamil dan merahsiakan perkara ini daripada ibunya. Ibunya mendapat tahu dan ingin melaporkan kepada polis agar lelaki itu merana dalam penjara. Aman kata gugurkan sahaja dan mereka dua “suka sama suka”. Hmm.. Padahal dia yang rogol eh? Kalau dia tak rogol pun, macam mana dia tahu “suka sama suka”???? WTF. Mak dia yang sedang mabuk cinta pun ikut kata Aman. Hmm tak pernah dengar pasal “statutory rape” ke? Mereka memberi pil ajaib kepada Cinta untuk gugurkan hamilan itu. Wow, pil apa eh? Mujarab!

Pada hari yang sama, ibu Cinta akhirnya sedar bahawa Aman merupakan lelaki yang mengandungkan Cinta! Ini kerana nenek Cinta serba sedikit memberi petunjuk kepadanya. Love love love watak Jorah Ahmad. Saya ingin menjadi seperti wataknya apabila dah tua kelak. Pura-pura nyanyuk supaya boleh throw shade kepada semua orang.

anigif_enhanced-buzz-29441-1382628136-0

Aman pun meringkuk di penjara.

Kenapa Aman nut dalam Cinta???

image


Ok, plot cerita yang agak biasa. Seorang bapa tiri paedophile yang merogol anak tiri, dan ibu yang oblivious sebab dilamun cinta. Ini memang sering dipaparkan di TV, tetapi saya amat glad that it’s shown on TV again sebab topik ini tidak akan tak pernah tak relevan. Sungguh menyedihkan.

Saya harap Suria akan paparkan kisah-kisah mengenai seks kerana masyarakat kita perlu dididik dalam aspek ini, ya.

Dan kepada mangsa-mangsa di luar sana, saya berharap sangat anda semua mempunyai keberanian untuk berdepan dan memberitahu sesiapa sahaja sekiranya anda disentuh. Please!!!! Ayuh sama-sama doakan ya.

Dengan itu, saya akhiri entri ini dengan video yang merepek ini.

– Pengkritik Sandiwara

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s