7 Hari: Cinta Bersyarat

Salam semua!

Hari keempat saya tulis pasal 7 Hari! Going stronk ya. Episod ketujuh bertajuk “Cinta Bersyarat”. Apakah syarat-syaratnya? Harus tandatangan ke? Sesungguhnya cintaku bukan di atas kertas.

Dibintangi Fadhlur Rahman, Syarif, Ateeqah Mazlan, Endang Rahayu dan Zulkarnain Mohd, drama ini  mengisahkan tentang watak Hannah yang diguna-guna oleh dua lelaki.

Rumusan:

Hannah dicerai oleh Yazid dengan talak 3 kerana tidak ingin meminum arak bersama. Tahun berlalu dan Hanna tejumpa kekasih baru bernama Faiz. Mereka bakal bernikah tetapi Yazid masih terhegeh-hegehkan Hannah. Apa yang tidak diketahui Hannah adalah, Yazid yang merancang perkahwinan ini. Faiz berkomplot bersama Yazid untuk mengahwini Hannah kerana Yazid akan selesaikan hutang Faiz. Dalam masa 7 hari, Faiz akan ceraikan Hannah dan Yazid boleh tackle si Hannah sekali lagi. Jadi, win-win situation la.

Namun, rancangan mereka dibongkar oleh bapa Hannah. Dan pada masa yang sama, Faiz mula jatuh cinta dengan Hannah. Dia tidak ingin melepaskan Hannah. Yazid amat risau kerana ada kemugkinan bahawa Faiz telah menyentuh Hannah. Yazid sering mengingatkan perjanjian mereka. Akhirnya, bapa Hannah memberitahu perkara sebenar. Hannah amat kecewa dan ingin dilepaskan. Faiz cuba menawan hati Hannah dan cerita itu tergantung.


Secara jujur, drama macam ni aka kahwin kontrak, kahwin olok-olok ni semua bukan konsep drama baru la eh. Dah nampak di Korea/Malaysia banyak kali so tiada apa-apa yang unik sangat tentang drama ni. Pada mulanya tak nak kahwin atau kahwin ada motif lain abestu last-last terjatuh cinta. KLISYE.

Si watak Yazid tu ceraikan Hannah terburu-buru sak??? Talak 3 pulak tu bye la.

Ini semua dapat dielakkan sekiranya Yazid menyuruh seorang lelaki homoseksual bersifat kejantanan atau maskulin untuk menikahi Hannah. Win-win situation juga, keluarga lelaki gay itu tak akan bertanyakan tentang isu kahwin setelah cerai kerana sedang menjalani “kemurungan”. Namun apakan daya, Suria tidak mengiktiraf lelaki homoseksual tetapi menggunakan khidmat mereka untuk solekan, fesyen dan lain-lain.

Can Suria step up their game? Siri antologi 7 Hari merupakan siri drama antologi yang kurang memberi kesan dan kurang bermakna sejauh ini.

– Pengkritik Sandiwara

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s