7 Hari: Haluan

Salam jumaat, para pembaca setiaku!

Kini telah masuk hari ketiga saya menulis tentang drama antologi 7 Hari. Dalam episod ketiga bertajuk “Haluan”, drama ini mengisahkan seorang gadis bernama Faeqah yang terpaksa meninggalkan cintanya terhadap lukisan semata-mata untuk merealisasikan impian ibunya.

Episod ketiga ini dibintangi pemenang Personaliti Paling Popular Wanita, Hannah Delisha, diiringi Suzannah Abu Bakar, Mazlan Amat, Setia Vegawati dan Riamy Liandy.

Rumusan:

Semenjak kecil, kerjaya Faeqah sudah ditentukan oleh dirinya dan ibunya. Iaitu untuk menjadi seorang doktor. Namun, Faeqah lebih cenderung kepada seni lukisan. Walaupun Faeqah layak memasuki sekolah perubatan di salah sebuah universiti di United Kingdom, Faeqah teragak-agak untuk melanjutkan pelajarannya di sana. Ini kerana dia amat meminati lukisan dan ingin belajar lebih tentang seni halus. Rakannya Azurah menyuruhnya untuk daftar diri untuk pengajian seni halus. Ibunya pun melenting. Beberapa hari sebelum Faeqah harus berangkat ke UK, dia terjumpa dengan kekasihnya, Khairul dan mereka berbincang tentang masa hadapan Faeqah. Faeqah terus berangkat ke Bali tanpa pengetahuan ibu dan bapanya. Di Bali, Faeqah terjumpa seorang Wak yang juga seorang pelukis. Menariknya, Wak tersebut merupakan seorang doktor yang telah bersara. Ini membuat Faeqah sedar bahawa dia boleh menjadi doktor dan pada masa yang sama, tetap melukis pada masa lapang.

Lebih baik melukis di kertas daripada menconteng arang ke muka!


Sesungguhnya konflik ini boleh dielakkan sekiranya Faeqah dengan sengaja flunk kertas Peringkat GCE A. Kan senang? Hello, masuk sekolah perubatan harus semua A dan harus menjalani sesi temu bual (interview) tau. So, kalau si Faeqah ni nak sangat belajar seni, dia sepatutnya gunakan otaknya yang pintar dan flunk kertas kimia ke atau menjalani interview itu dengan buruk????? Gurl. Dengan begitu, dia tidak akan layak memasuki sekolah perubatan pun!

tumblr_metc7cnaod1qma32qo1_500

Kedua, ibunya tidak mencapai impiannya untuk menjadi doktor kerana datuk Faeqah tiada wang. Erm… Tidak pernah dengar akan istilah meritokrasi???? Lagipun, kalau kau layak jadi doktor pada zaman kau, saya pasti banyak badan-badan organsasi ingin memberi biasiswa untuk menampung pengajian kau???? So???? Apa yang kau merepek? Tak logik sak, Suria.

Jadi… Tak ramai anak Melayu jadi doktor sebab mereka ada cita-cita lain eh? Hahahaha.

Namun, kisah ini juga mempunyai banyak pengajaran yang positif. Menerusi drama ini, kita belajar bahawa sebagai ibu bapa, tidak wajar bagi kita untuk menentukan masa hadapan anak-anak kita, apatah lagi semenjak anak kita masih kecil. Ini kerana citarasa mereka bakal bertukar dan jika kita sering menegaskan perkara yang sama, ia mungkin akan menimbulkan rasa tertekan yang tidak seharusnya wujud! Drama ini juga mengajar kita untuk membezakan kerjaya, minat dan hobi (kot). Selain itu, drama ini memberitahu kita bahawa betapa pentingnya komunikasi antara ahli keluarga untuk memastikan kebahagiaan sesebuah keluarga. Ibu bapa harus sokong anak-anak mereka seratus peratus. Jika impian anak agak songsang seperti jadi stripper or what, mungkin boleh beri nasihat dan bukan melenting.

giphy4

Saya kurang setuju dengan akhir cerita ini kerana Faeqah ke UK untuk menjadi doktor. Ini seolah-olah memberitahu penonton bahawa kita tidak sepatutnya mengejar impian kita yang benar tapi berfikir secara realistik dan mengorbankan impian kita dan membuat pilihan yang alternatif kerana kerjaya itu yang akan menjamin kekayaan, kestabilan dll. Ia amat sedih kerana Faeqah akan hanya melukis sebagai hobi dan bukan kerjaya. Dia juga tidak dapat menambah ilmu mengenai seni kerana akan sibuk dengan benda doktor. Secara terus terang, saya rasa Faeqah akan lebih gembira sekiranya dia seorang pelukis sepenuh masa walaupun tidak meraih wang sebanyak seorang doktor. Keputusannya untuk menjadi seorang doktor seperti dipaksa kerana ingin menggembirakan ibunya dan bukan dirinya.

Ini sudah kali kedua bae Hannah Delisha melakonkan seorang watak yang suka melukis. Ingat cerita ni? Adakah dia memang seorang pelukis?

– Pengkritik Sandiwara

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s