Salam semua!
Episod kedua 7 Hari yang bertajuk Katarsis merupakan drama yang mempunyai jalan cerita yang paling kelakar pada tahun 2017 sejauh ini. Dalam entri ini, saya akan menjelaskan mengapa saya berpendapat sedemikian. I will be very salty in my analysis of this episode, you’ve been warned.
Dibintangi Rosita Husin, J A Halim, Shahrin Azhar, Suraya Taib dan Izwan Ali, drama ini mengisahkan tentang anak-anak yang tamak harta la eh.
Rumusan:
Seorang bekas askar, Syukri, yang kaya tiba-tiba terjatuh di rumah dan terlantar di hospital. Anak-anaknya, Kareem dan Kat menyalahkan Maria, isteri muda Syukri atas kejadian ini. Syukri bergantung kepada life support untuk teruskan kehidupannya walaupun Syukri sebenarnya brain dead. Maria mendapat “isyarat” bahawa Syukri mahu bebas dari life support dan ingin meninggalkan dunia ini. Apabila Maria memberitahu Kareem dan Kat perkara ini, Kareem tidak mahu melepaskan ayahnya kerana dia sangkakan bahawa Maria hanya inginkan duit wasiat orang tua tu. Kareem melaporkan kepada polis tentang insiden ini dan memberitahu pihak berkuasa bahawa Maria yang menolak ayahnya sehingga jatuh. Pada masa yang sama, Kareem juga menukar wasiat ayahnya dan mengeluarkan nama Maria daripada wasiat tersebut. Polis menyoal siasat Maria dan melakukan siasatan lanjut di rumah Syukri. Mereka seolah-olah mengadakan sesi crime scene investigation macam la ada orang mampos di tempat kejadian padahal setakat jatuh. Salah satu pegawai terjumpa CCTV di rak-rak dan mereka melihat rakaman video tersebut. Alangkah terperanjatnya apabila rakaman tersebut menunjukkan bahawa Syukri terjatuh kerana dia terjatuh dan bukan ditolak oleh Maria. Syukri pun mati dan cerita tamat.
Reaksi saya:
Sebelum saya bincangkan the fails of this drama, saya ingin mengetengahkan isu-isu positif yang tertera dalam drama ini.
Menerusi tajuknya “katarsis”, ia menimbulkan isu seperti life support dan kerelaan sesebuah keluarga yang harus membuat pilihan untuk melepaskan seorang ahli keluarga tersayang kerana ahli tersebut seolah-olah sudah mati la kan? Cos vegetable. Ia juga serba sedikit mengetengahkan the positive side of orang tua kahwin muda supaya ada orang boleh jaga orang tua tu. Pendek kata, it’s your typical Suria drama la eh. Nak rebut harta segalanya. Secara peribadi, kalau saya dah kaya saya tak akan bagi harta kepada anak-anak saya jika mereka dah capai usia di mana mereka boleh tanggung diri sendiri. So tak usah gaduh ya. I don’t get why people fight over money like they are poor?? Padahal boleh tanggung diri sendiri.
Ok so, kini masa untuk the less positive.
Watak Kareem dan Kat ini amatlah normal.
Kareem seorang anak lelaki yang tidak suka dengan ibu tiri dan bersangka buruk terhadap ibu tiri, ingin membolot harta dan juga seorang abang yang memanipulasi adiknya untuk percaya bahawa Maria sudah merancang ini semua. Kareem juga banyak berhutang dan mungkin ini sebab mengapa dia ingin sangat wang wasiat ayahnya. Tetapi, saya rasa ia tidak begitu memberi impak kepada jalan cerita kerana dengan tiadanya masalah hutang ini, ia amat jelas bahawa Kareem ni gelojoh. Jadi, adegan di mana dia dibantai oleh tailong amatlah tidak perlu.
Watak Kat pula sedang berdepan dengan masalah rumahtangga. Dia sedang menjalani proses penceraian dengan suaminya dan oleh itu, dia juga inginkan wang. Cuma, saya rasa bahawa adegan di mana Izwan Ali memainkan watak suami Kat juga tidak perlu kerana ia tidak memberi kesan yang ketara kepada drama ini secara keseluruhan.
Dan yang paling merepek sekali, kamera yang tersembunyi. Kareem melaporkan insiden jatuh ini kepada pihak polis dan siasatan dilakukan di tempat kejadian. Polis melakukan siasatan dan tidak dapat cari sebarang bukti kecuali CCTV tersebut. Bayangkan jika polis tidak dapat cari CCTV tu. Adakah mereka akan selesaikan misteri ini? I mean, what kind of evidence can they get? It’s not even a crime scene…
Saya berpendapat bahawa this CCTV revelation is very silly, lame and uncreative sebab saya sedang bayangkan perbincangan yang berlaku apabila pihak Suria ingin terbitkan drama ini apabila mereka bincangkan adegan CCTV ini. I mean, is CCTV really a plot twist? What were they thinking? Kenapa Maria tidak beritahu tentang kamera itu? Adegan ini mengingatkan saya tentang rancangan kanak-kanak di Kids Central bertajuk R.E.M. di mana tiga sahabat mencari bukti-bukti bagi kejadian aneh yang berlaku.
Ia amat menyedihkan kerana saya rasa ia drama yang begitu baik sekali. Lakonan Rosita Husin juga amat meyakinkan dan bermutu. Adegan terakhir di mana dia menangis macam nak rak sungguh menyentuh jiwa tapi saya tidak merasakan apa-apa kerana fikiran saya asyik terfikirkan CCTV tersebut. Kenapa CCTV itu ada di belakang rak-rak? Apa tujuan CCTV itu sekiranya ia diletakkan di belakang barang-barang? Kenapa unsur kebetulan amat tinggi sekali?
Can Suria wake up?
– Pengkritik Sandiwara