Salam sejahtera, para pembaca setiaku.
Drama antologi terbaru Suria bertajuk 7 Hari mengisahkan kehidupan 8 individu berbeza yang harus mengharungi hiruk-piruk kehidupan yang ditimpa mereka dalam masa tujuh hari.
Pada episod pertama bertajuk Sebelum Akad, watak Hairul yang dimainkan oleh Suzairhe Sumari terpaksa berdepan dengan realiti setelah ibunya meninggal dunia.
Episod pertama juga dibintangi oleh Aznah Hamid, Yuslina Yussof, Farhan Hassan, Johan Jaafar dan Mahyunis Mahfudz.
Rumusan:
Hairul, seorang playboy yang bekerja di luar negara, pulang ke Singapura apabila diberitahu bahawa ibunya sudah meninggal dunia. Dia kesal kerana tidak dapat berjumpa dengan ibunya buat kali terakhir. Dia menyalahkan dirinya kerana pada malam ibunya meninggal, dia sedang berfoya-foya di kelab malam, tidak mengendahkan panggilan telefon dari keluarganya. Pada masa yang sama, Hairul terpaksa menjaga anak luar nikahnya kerana bekas temanitanya tiba-tiba muncul (anak tu tidak menunjuk apa-apa perasaan setelah ditinggalkan oleh ibunya). Tunang Hairul menerima hakikat bahawa Hairul mempunyai anak luar nikah dan redha. Dia tetap ingin mengahwini Hairul. Namun, Hairul belum memberitahu tunangnya bahawa dia menghidap AIDS. Pada hari pernikahan, barulah Hairul memberitahu tunangnya bahawa dia menghidap AIDS dan cerita itu habis tergantung.
Secara terus terang saya rasa ia drama yang agak ok sahaja. Sama seperti drama Melayu lain. Kalau dah cinta tu ada anak or what, sanggup tanggung malu. Tetapi agak kecewa apabila akhir cerita itu tergantung. Secara peribadi, saya memang tak suka cerita gantung-gantung sebab kalau saya nak menentukan akhir sebuah cerita, might as well saya fantasise from the start. Selain itu, saya juga tidak suka bagaimana individu-indivudu yang menghidap HIV/AIDS dipaparkan di dalam media secara amnya. Mereka sering dilihat sebagai individu yang lemah, pucat lesu, ada masalah kulit dan lain-lain. Padahal dalam realiti, kita tidak dapat mengenal pasti seorang individu yang menghidap HIV/AIDS dengan ciri-ciri fizikal mereka.
Saya juga amat gembira bahawa Suria mengetengahkan isu HIV/AIDS kerana akhirnya saya mempunyai alasan untuk berbincang tentang hal ini.
Baca artikel penuh yang diterbitkan pada 6/12/2016 di Berita Mediacorp di sini.
Menurut Action for AIDS (AFA), masyarakat Melayu merupakan kumpulan berisiko tinggi menghidap HIV/AIDS kerana jumlah orang Melayu dijangkiti HIV/AIDS adalah lebih tinggi jika dibangdingkan dengan nisbah penduduk Melayu di Singapura. Saya berpendapat bahawa ini kurang benar kerana kenyataan ini berdasarkan andaian atau tanggapan yang kurang tepat.
Saya telah pun menghantar emel kepada AFA untuk meminta penjelasan tetapi mereka sekadar menterjemahkan artikel itu ke dalam Bahasa Inggeris. Saya membalas balik dan sehingga kini mereka belum memberi jawapan.
Saya tidak setuju dengan kenyataan yang diberikan AFA kerana ia tidak masuk akal. It’s a fallacy.
Saya berpendapat bahawa semua orang yang mempunyai active sex life mempunyai risiko (small risk, huge risk, they are exposed nevertheless) menghidap HIV/AIDS tidak kira bangsa. Melainkan, masyarakat Melayu hanya mempunyai seks dengan kaum sendiri, then ya why not, the chances of being infected is high. Tetapi tidak. Sex is sex, diseases spread no matter what.
Sebagai contoh,
2 orang Melayu. A dan B.
A hanya bersetubuh dengan orang Melayu. B hanya bersetubuh dengan orang bukan-Melayu. Bolehkah kita menyatakan bahawa masyarakat Melayu berisiko tinggi? NO. Kedua-dua A dan B berisiko.
Contoh kedua.
2 orang Cina. C dan D.
C hanya bersetubuh dengan orang Melayu. D hanya bersetubuh dengan orang bukan-Melayu. Bolehkah kita menyatakan bahawa masyarakat Cina berisiko tinggi? NO. Kerana masyarakat Cina tiada masalah.
Pendek kata, it’s not nice to associate a certain race with a disease/condition just because that race has the most number of people with that condition. It doesn’t mean the rest of the people of that race has a high risk to it. There’s no logic behind it!
Dan saya juga tidak boleh percaya bahawa Berita Mediacorp mengeluarkan artikel ini tanpa menyoalkan the assumptions??? URGH.
But then again it’s Berita Mediacorp, they publish artikel-artikel mengenai kisah kurang relevan seperti kisah alam hantu ke apa yang berlaku di Malaysia dan Indonesia. Saya juga mendapat tahu bahawa jabatan online Berita Mediacorp tak banyak orang, tu pasal mereka lambat mengeluarkan berita terkini di Fesbuk. Tapi… Boleh pulak cari kisah-kisah “menarik” untuk kongsi bersama?
– Pengkritik Sandiwara