Manja 2 (exposé?)

Salam sejahtera, semua!

Seperti apa yang tertera di atas, entri kali ini saya akan berbual tentang Manja edisi TV sekali lagi. Bagi anda yang terlepas membaca entri saya mengenai Manja sebelum ini, sila klik di sini.

Awal tahun ini, pembaca Manja diberitahu bahawa satu-satunya majalah hiburan tempatan akan beralih ke televisyen agar boleh lebih dekat dengan pembaca dan pada masa yang sama mengekalkan ciri-ciri majalah tersebut. Pada mulanya, saya sangkakan bahawa rancangan Manja di TV ini merupakan add-on kepada majalah Manja. Tetapi saya salah. Majalah Manja sudah tidak diterbitkan lagi. Malah, rancangan yang baru sahaja tamat musim pertama sudah pun mempunyai musim kedua sekarang. Kini, hos Shenty Feliziana diganding bersama Fadhli Abudullah.

Pendek kata, rancangan Manja ini mengetengahkan perkara-perkara terkini yang berlaku di Singapura, tempat makanan (yang dihoskan oleh Danial Ashriq pada musim kedua) dan juga sesi menemuramah bersama selebriti mingguan. Bukan itu sahaja, saya dengar-dengar cabutan bertuah Golden Chance juga diadakan semasa tayangan rancangan Manja. So… Soalan saya adalah, bagaimanakah rancangan Manja ini berlainan atau unik berbanding rancangan hiburan/info-ed Suria yang sebelumnya seperti Jus atau Selamat Pagi Singapura? Pada saya, ia kelihatan sama sahaja. Perkara-perkara yang diketengahkan dalam rancangan Manja sama seperti rancangan hiburan yang lain. Cuma mungkin cara penyampaiannya agak berbeza. Itu sahaja.

Selain itu, Majalah Manja juga mengongsi rancangan-rancangan baru di TV serta gosip mengenai dunia hiburan, tak kira tempatan atau antarabangsa. Namun, aspek ini tidak kelihatan dalam rancangan ini. Dan tentu sekali, artikel-artikel intelektual Daud Yusof di muka surat terakhir Manja. Where is it?

Saya berpendapat bahawa rancangan Manja ini doesn’t do justice for Majalah Manja. Saya rasa anda juga boleh bersetuju bahawa Majalah Manja lebih padat dengan maklumat berbanding rancangan di TV ini, bukan? Jadi, mengapa Mediacorp secara tidak rasmi berhenti mencetak Majalah Manja dan menghijrah majalah ini kepada rancangan hiburan?

Screen Shot 2017-05-02 at 1.58.05 PM

Menurut Dr Chitra Rajaram (Ketua Segmen Masyarakat [Melayu dan India]), Manja diberi “ubah suai” bagi memenuhi cita rasa pengguna generasi baru dan terkini. Oleh itu, televisyen merupakan landasan yang lebih “relevan”

Awak nak tahu sesuatu?

giphy

Pertama sekali, saya ingin mengucapkan syabas kepada pihak Mediacorp Manja/Suria kerana mereka menangani isu ini dengan sungguh baik sekali. Mereka sungguh baik sehinggakan ia amat meyakinkan bahawa edisi TV Manja lebih baik daripada edisi majalah.

Let’s get real. Majalah Manja merupakan sebuah peniagaan. Oleh itu, mereka mementingkan untung. Jadi, punca utama mereka berhenti adalah… TAKDE BISNES LA KAN DUH. Mungkin jumlah pembaca sudah terjunam sehinggakan ia tidak membawakan hasil dan menyebabkan Manja beralih ke TV. Dan tidak boleh dinafikan bahawa untuk mencetak beberapa naskah Manja tiap bulan mungkin jauh lebih mahal jika dibandingkan 4 buah episod Manja setiap bulan. Ini kerana bagi sebuah majalah, lebih ramai orang terlibat dalam pencetakan senaskah majalah. Penulis, jurugambar, editor, lebih ramai selebriti, lebih banyak kajian, kertas dan lain-lain.

Untuk TV pula, mungkin jauh lebih senang dan tidak makan banyak fulus, kan? Lagi pun, mereka tidak mementingkan untung kerana ia ditayangkan di TV.

But then again, I applaud them for handling this issue so well???? Sigh.

Kepada anda yang tidak setuju tentang kemuflisan Majalah Manja, sila beri saya sebab yang kukuh ya.

Tambahan, masyarakat Melayu yang sering memupuk anak muda untuk membaca material-material Melayu telah kehilangan satu-satunya majalah hiburan tempatan. Dan mereka hanya boleh merujuk kepada Internet untuk membaca hal-hal mengenai hiburan tempatan Melayu. Dan itu merupakan tanggungjawab…

giphy1

SAYA?????

Wow, saya merupakan satu-satunya wadah di mana masyarakat Melayu Singapura boleh membaca tentang hiburan setempat dalam Bahasa Melayu!!!!! (selain Berita Harian, sungguh!)

Tetapi, masalah jangka masa panjang yang boleh timbul dari penutupan Majalah Manja ini agak ketara. Kepada anak-anak Melayu (mahasiswa) kita yang ingin membuat kajian mengenai gaya bahasa digunakan dalam majalah tempatan, atau representation di majalah Melayu, pengaruh barat dalam majalah tempatan or whatsoever, mereka mungkin akan menghadapi masalah besar kerana tiada cukup sumber untuk dirujuk.

Selain itu, kepada mereka-mereka yang mempunyai aspirasi untuk bekerja sebagai penulis hiburan tempatan atau ingin bekerja di Manja sebagai penulis (or whatever) then how?????? Dah takde kerja. So, jangan mengadu dan kata kenapa takda Malay Media Studies di politeknik or what. Sebab we don’t know where to put them afterwards!!!!

Masih ingat Majalah Sutra? Ia diberhentikan kerana Berita Harian ingin memberi lebih perhatian kepada isi kandungan Berita Harian. Kononnya lebih berkualiti lah. Hmm kalau insiden tergempar berlaku pada lewat malam, jarang kita lihat ia tercetak pada keesokan harinya, padahal suratkhabar omputeh dan cina ada tau.

Saya juga berpendapat bahawa penutupan Sutra sedikit sebanyak memberi kesan kepada penutupan Manja. Ini kerana setelah Sutra ditiadakan, unsur “pertandingan” dalam dunia majalah Melayu mungkin hampir kehilangan. Oleh itu, pengguna hanya ada satu pilihan. Mutu penulisan Manja turun kerana mereka tidak harus risau tentang competition dan disebabkan itu, pembaca naik bosan dengan satu perkara sahaja. Justeru itu, jumlah pembaca turun (ini cuma teori dibuat-buat). Sigh, competition is good la.

Pendek kata, saya hampa kerana tiada lagi bahan bacaan hiburan tempatan. Ia akan mendatangkan negative repercussions. Adakah kita sebuah masyarakat yang tidak suka membaca?

– Pengkritik Sandiwara

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s