Dara Zara

Salam Hari Kebulur Buruh, wahai pembaca setiaku!

Pada hari ini, saya akan menulis reviu tentang drama yang baru sahaja tamat pada minggu lalu. Bertajuk Dara Zara, ia dibintangi calon Personaliti Wanita Paling Popular Sheiryn Aisiqa, Nadiah M Din, Danial Ashriq, Fadli Kamsani, Fadhli Abdullah, Najib Soiman dan juga Bonda Bedah dan Mak Temah dan ramai lagi.

Apabila saya ternampak klip promo di TV, saya rasa tak sabar untuk menonton rancangan ini di Toggle kerana bae Sheiryn Aisiqa dan bae Nadia M Din (still bae walaupun hamil) berlakon dalam drama ini. Drama ini juga seolah memberi aura misteri/dark gitu jadi saya macam nak tahu lah drama ni pasal apa.

Tetapi, setelah menonton episod pertama, saya amat kecewa. Kerana drama ini bukan seperti apa yang saya sangkakan. Ia berunsur superhero-ish, kelakar, cinta, misteri dicampur aduk gitu. Macam semua genre wujud ah eh. Ia amat mengelirukan saya.

Drama ini mengenai seorang wanita biasa bernama Dara yang bekerja sebagai coffee girl (?) di sebuah pejabat fesyen. Dara merupakan mangsa penderaan (bapa kaki pukul) semasa dia kecil. Oleh itu, dia tidak mempunyai keyakinan diri yang begitu oomph la eh. Pada masa yang sama, dia juga mengajar sukan tinju kepada budak-budak.

Masa silamnya juga menyebabkannya untuk selalu melindungi dirinya dan wanita-wanita lain yang sering dibuli oleh kaum Adam. Tetapi, Dara tidak begitu konfiden untuk melakukan kerja-kerja melindungi ni semua. Dari situlah lahirnya Zara Aurora, alter-ego Dara yang lebih berani dan tekad untuk melindungi wanita. So Zara ni macam superhero la, tiada orang tahu identiti sebenar Zara kecuali rakan baiknya.

Jika anda fikir konsep “alter-ego” ini sesuatu yang baru dalam drama Suria, fikir sekali lagi. Drama apa yang menggunakan konsep ini? Hmm… Konsep. Konsep.

NORA WEDDING CONCEPTS! Watak yang dimainkan Ariati Tyeb Papar akan bertukar menjadi “jahat” apabila ada sesuatu yang trigger perasaannya. Sama seperti Dara, apabila ternampak seorang wanita diganggu, dia terus bertukar menjadi Zara. Women empowerment la kononnya.

Akhirnya, identiti Zara terbongkar dan ada beberapa orang yang mahu meraih wang daripada watak Zara ini. Seolah-olah Zara ni bisnes. Namun, Dara tidak mahu lagi menjadi Zara dan kekal menjadi dirinya yang sebenar.

Confession: Saya hanya menonton episod 1, 2 dan 8 sebab saya rasa drama ini sungguh mengelirukan, dan membosankan. Episod pertama tidak berjaya hook saya to the show so I gave it another chance dan menonton episod kedua. Episod kedua pun malap dan saya terus menonton episod terakhir. Seperti drama Suria yang biasa, ia berakhir dengan klisye sekali. Meh.

– Pengkritik Sandiwara

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s